Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer Matematik Tingkatan Tiga Bertajuk Trigonometri Menggunakan Pendekatan Tutorial

Md Salleh, Shaharuddin and Baharuddin, Nurul Ain Bahyah (2010) Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer Matematik Tingkatan Tiga Bertajuk Trigonometri Menggunakan Pendekatan Tutorial. Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer Matematik Tingkatan Tiga Bertajuk Trigonometri Menggunakan Pendekatan Tutorial . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
53kB

Abstract

Penggunaan teknologi yang semakin luas dewasa ini memberi ruang dan peluang bagi menghasilkan sebuah perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) dalam tajuk Trigonometri bagi mata pelajaran Matematik Tingkatan Tiga. Perisian PBK berkonsepkan tutorial ini dibangunkan berdasarkan kepentingannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Elemen visualisasi diterapkan bagi memberikan kesan yang positif dalam aktiviti P&P. Visualisasi dapat membantu pelajar yang sangat lemah dan bersifat sederhana dalam meningkatkan daya keupayaan kognitif mereka (Norasikin dan Zawawi, 2005). Perisian PBK ini juga untuk membantu pelajar dalam memahami konsep pembelajaran serta mengukuhkan maklumat sedia ada mereka. Berdasarkan Model Reka Bentuk Hannafin & Peck, PBK ini dibangunkan dengan menggunakan Macromedia Authorware 7 yang merupakan perisian yang utama dan disokong dengan perisian lain iaitu Flash Professional 8, Adobe Photoshop CS3, Sound Forge 7.0 dan Microsoft Office. Gabungan perisian-perisian ini dapat menghasilkan pelbagai media seperti grafik, teks, animasi, audio dan interaktiviti untuk menghasilkan suatu sistem pembelajaran multimedia yang interaktif bagi mengekalkan tumpuan pelajar. Bersesuaian dengan pendekatan yang diguna, terdapat pelbagai jenis media yang dapat membantu menterjemahkan isi pembelajaran ke bentuk yang lebih mudah difahami. Dengan terhasilnya PBK ini diharapkan dapat membantu pelajar memahami serta menguasai konsep Trigonometri.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Visualisation, Macromedia Authorware 7, emergence of technology, Trigonometry for Mathematics.
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10232
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:08 Sep 2010 05:36
Last Modified:27 Jul 2017 01:47

Repository Staff Only: item control page