Rajuddin, Muhammad Rashid and Baharin, Nur’ain (2010) Tahap Kompetensi Keusahawanan Dalam Kalangan Usahawan Teknikal Kontraktor Elektrik Kelas III Bertaraf Bumiputera Di Sekitar Kawasan Johor Bahru. TAHAP KOMPETENSI KEUSAHAWANAN DALAM KALANGANUSAHAWAN . pp. 1-7. (Unpublished)
|
PDF
53kB |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kompetensi keusahawanan dalam kalangan usahawan teknikal Kontraktor Elektrik Kelas III bertaraf Bumiputera yang melibatkan tahap pengetahuan, sikap, kemahiran dan kreativiti. Keempat-empat aspek tersebut mencakupi tiga belas kompetensi keusahawanan iaitu inisiatif, melihat dan merebut peluang, kecekalan, keupayaan mencari maklumat, menitik beratkan mutu kerja yang tinggi, komitmen terhadap perjanjian kerja, berorientasi ke arah kecekapan, membuat perancangan yang sistematik, menyelesaikan masalah secara kreatif, yakin terhadap keupayaan diri, ketegasan, meyakinkan orang lain dan menggunakan strategi pengaruh. Seramai 40 orang responden iaitu Kontraktor Elektrik kelas III bertaraf Bumiputera di sekitar kawasan Johor Bahru telah terlibat dalam kajian ini. Metodologi yang digunakan ialah berbentuk soalan soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Data-data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan perisian “Statistical Package for Social Science (SPSS) v14” untuk mencari peratusan dan min bagi mendapatkan hasil kajian. Secara keseluruhan, tahap kompetensi mereka berada pada tahap yang tinggi. Walaupun begitu, terdapat sebahagian dari tiga belas kompetensi keusahawanan yang diabaikan oleh mereka dan perlu diberi penekanan.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | 3rd class Bumiputera Electrical Contractor, Statistical Package for Social Science (SPSS), entrepreneurship. |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10208 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 06 Sep 2010 08:41 |
Last Modified: | 21 Sep 2010 16:49 |
Repository Staff Only: item control page