Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Sistem Berasaskan MOODLE Untuk Guru Bagi Menyokong Pembelajaran Aktif Dalam Matapelajaran Fizik Tingkatan 4

Harun, Jamalludin and Johari, Nur Ain (2010) Pembangunan Sistem Berasaskan MOODLE Untuk Guru Bagi Menyokong Pembelajaran Aktif Dalam Matapelajaran Fizik Tingkatan 4. PEMBANGUNAN SISTEM BERASASKAN MOODLE UNTUK GURU BAGI . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
80kB

Abstract

Pembelajaran aktif merujuk kepada teknik di mana pelajar melakukan lebih dari sekadar mendengar syarahan guru. Pelajar melibatkan diri dalam melakukan sesuatu termasuklah mencari, memproses dan mengaplikasikan maklumat. Ramai guru pada masa ini ingin berubah dari pembelajaran pasif kepada pembelajaran aktif, dalam mencari langkah terbaik untuk melibatkan pelajar dalam proses pembelajaran. Namun begitu, kebanyakan guru merasakan yang mereka memerlukan bantuan dalam merencana apa yang ingin dilakukan, yang dapat membentuk satu set aktiviti pembelajaran aktif yang bermakna. Oleh itu, tujuan projek ini adalah mereka bentuk dan membangunkan satu persekitaran pembelajaran berasaskan web yang dapat membantu guru dalam mengenal pasti bentuk-bentuk pembelajaran aktif yang bermakna dan bagaimana ia dapat digunakan secara berkesan di dalam bilik darjah. Beberapa topik dalam matapelajaran Fizik Tingkatan 4 telah dipilih untuk projek ini. Proses pembangunan projek ini adalah berdasarkan model reka bentuk system pengajaran ADDIE. Ia melibatkan lima fasa iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa pelaksanaan dan fasa penilaian. Satu sistem pengurusan pembelajaran sumber terbuka, Moodle telah digunakan dalam menghasilkan persekitaran pembelajaran berasaskan web. Prinsip konstruktivis sosial yang terdapat dalam Moodle menjadikan ia sebagai pilihan terbaik dalam menyampaikan isi kandungan pembelajaran berasaskan web yang menyediakan aktiviti-aktiviti pembelajaran aktif. Sumber-sumber dan aktiviti-aktiviti yang disediakan dalam sistem ini diharapkan dapat membantu guru mendapatkan pemahaman yang lebih jelas mengenai pembelajaran aktif dan bagaimana untuk menggunakannya secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Sistem pembelajaran ini juga diharap dapat menjadi satu medium perkongsian maklumat serta melihat potensi Moodle sebagai medium penyaluran dan perkongsian sumber pengajaran dan pembelajaran.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Model Addie, Form 4 Physics, Moodle
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10206
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:06 Sep 2010 08:21
Last Modified:21 Sep 2010 16:46

Repository Staff Only: item control page