Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar-Pelajar Tahun Empat Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan Terhadap Program Latihan Industri

Nordin, Mohd. Safarin and David, Ling Ee Hun (2010) Persepsi Pelajar-Pelajar Tahun Empat Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan Terhadap Program Latihan Industri. Persepsi Pelajar-Pelajar Tahun Empat Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan Terhadap Program Latihan Industri . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
315kB

Abstract

Program Latihan Industri berperanan penting dalam menyesuaikan para pelatih dengan cara kerja dan budaya organisasi di tempat kerja sebenar. Latihan ini juga mempercepatkan mereka mengenalpasti kelemahan dan keupayaan masing-masing bagi mengurangkan jurang antara keadaan sedia ada dengan jangkaan kerja seperti yang ditetapkan oleh organisasi. Namun, terdapat aduan bahawa tempoh yang ditetapkan untuk program Latihan Industri sekarang ini adalah tidak mencukupi untuk mendedahkan pelajar kepada keadaan kerja sebenar. Selain daripada itu, pihak industri juga kurang memberi kerjasama dalam hal-hal melatihkan pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar-pelajar tahun empat Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia terhadap program Latihan Industri. Seramai 113 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar mengikuti kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan dalam pengkhususan kejuruteraan awam, elektrik, dan jentera serta kemahiran hidup telah dilibatkan dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Data diproses dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Window 15.0 dan dikemukakan dalam bentuk kekerapan, peratusan, dan min. Dapatan kajian menunjukkan persepsi para pelajar terhadap program Latihan Industri yang dijalankan adalah memuaskan. Pengetahuan yang diperolehi daripada universiti adalah berkaitan dan bersesuaian dengan permintaan bidang industri terkini. Pihak industri telah memberi kerjasama kepada pihak universiti untuk menjayakan program Latihan Industri ini. Selain itu, para pelajar juga telah didedahkan kepada jenis pekerjaan yang berkaitan dengan bidang pengajian mereka di universiti. Walaupun terdapat sebahagian daripada pelajar tidak menganggap bahawa jangkamasa yang ditetapkan untuk program Latihan Industri adalah memadai. Namun begitu, para pelajar berpendapat program Latihan Industri ini memberi banyak kemahiran kepada mereka.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Latihan Industri, Statistical Package for Social Science (SPSS), Universiti Teknologi Malaysia
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10174
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:05 Sep 2010 05:52
Last Modified:26 Jul 2017 07:20

Repository Staff Only: item control page