Sulaiman, Seth and Maskuri, Nooridayu (2010) Pencapaian Penyelesaian Masalah Fizik Oleh Pelajar Kritis Dan Kreatif Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Di Skudai. Pencapaian Penyelesaian Masalah Fizik Oleh Pelajar Kritis Dan Kreatif Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Di Skudai . (Unpublished)
|
PDF
115kB |
Abstract
Kemahiran menyelesaikan masalah merupakan satu komponen penting dalam strategi berfikir pelajar sepertimana yang terkandung dalam Model Kemahiran Berfikir Pusat Pembangunan Kurikulum (PPK). Sehubungan dengan itu, satu kajian dijalankan untuk mengenalpasti tahap pencapaian penyelesaian masalah Fizik pelajar tingkatan empat di samping mengenalpasti gaya pemikiran mereka. Seramai 100 orang pelajar tingkatan empat aliran sains tulen dari sekolah-sekolah sekitar Skudai telah dipilih sebagai responden kajian. Seramai 33 orang daripadanya adalah pelajar lelaki dan 67 lagi adalah pelajar perempuan. Pembolehubah bebas dalam kajian ini ialah jantina dan kemahiran berfikir pelajar. Alat kajian yang digunakan ialah set soal selidik item kritis kreatif yang terdiri daripada 30 item dan set Ujian Pencapaian Penyelesaian Masalah Fizik yang mengandungi dua soalan penyelesaian masalah. Kebolehpercayaan set ujian ini ialah ? = 0.74. Data-data kajian dianalisis dalam bentuk statistik mudah seperti min, kekerapan dan peratusan dengan menggunakan perisian SPSS versi 17.0. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan tahap pencapaian penyelesaian masalah Fizik oleh pelajar kritis dan kreatif adalah pada tahap sederhana. Analisis data turut menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan merentas jantina dalam pencapaian penyelesaian masalah Fizik. Keputusan akhir juga mendapati bahawa tidak terdapat terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar kritis dan pelajar kreatif dalam pencapaian penyelesaian masalah Fizik mereka. Kesimpulannya, pencapaian penyelesaian masalah Fizik oleh pelajar tingkatan empat di sekolah-sekolah yang terlibat berada pada tahap sederhana.
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10125 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 02 Sep 2010 09:28 |
Last Modified: | 11 Sep 2017 04:59 |
Repository Staff Only: item control page