Ibrahim, Mohd Ali and Mohammed Ariff, Noor Azizun (2010) Pembangunan Modul Eksperimen Fizik Berbantukan Komputer Bagi Tajuk Kinematik. Pembangunan Modul Eksperimen Fizik Berbantukan Komputer Bagi Tajuk Kinematik . pp. 1-8. (Unpublished)
|
PDF
288kB |
Abstract
Penggunaan komputer dalam sektor pendidikan digunakan untuk meningkatkan aktiviti-aktiviti serta kualiti, mengautomasikan proses pengajaran dan pembelajaran dan yang terakhir sebagai alat untuk memproses maklumat untuk tujuan meningkatkan produktiviti. Modul Eksperimen Fizik Berbantukan Komputer (MEF), dibangunkan bertujuan untuk membolehkan pelajar menjalankan eksperimen Fizik berbantukan komputer dengan menumpukan kemahiran proses sains iaitu mentafsir dan menganalisis maklumat. MEF ini dibangunkan berdasarkan sukatan mata pelajaran Fizik KBSM konsep Kinematik. Pendekatan Konstruktivisme diterapkan untuk membangunkan pengetahuan pelajar melalui aktiviti eksperimen dalam MEF. Seterusnya, Model Dick & Reiser dan format kaedah Diskoveri Terbimbing (Guided Discovery) digunakan dalam pembangunan MEF keseluruhannya. Alat pengarangan yang digunakan dalam modul ini ialah perisian Microsopft Office Word 2003 & 2007 , Paint, perisian Datastudio dan peralatan Pasco iaitu ScienceWorkshop Interface 750. Pembangunan modul ini akan menjadi penambahbaik kepada eksperimen Fizik yang sedia ada dengan menekankan kemahiran menganalisis dan mentafsir maklumat yang menjadi aspek utama MEF dan di samping menjadi perintis jalan kepada pengguna untuk lebih bersedia dalam mengaplikasikan teknologi yang terkini dalam kehidupan
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Mef - Modul Eksperimen Fizik, P&P - Pembelajaran Dan Pengajaran, Kpm - Kementerian Pelajaran Malaysia, Pbk - Pembelajaran Berbantukan Komputer, Kbsm- Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10121 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 02 Sep 2010 09:18 |
Last Modified: | 21 Sep 2010 09:19 |
Repository Staff Only: item control page