Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keperluan pembangunan hotel dalam menampung aktiviti pelancongan

Ahmad, Siti Zulfaizal (2022) Keperluan pembangunan hotel dalam menampung aktiviti pelancongan. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Built Environment & Surveying.

[img]
Preview
PDF
740kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Pembangunan sesebuah negara dapat dilihat dari situasi ekonomi semasa. Pergerakan ekonomi yang aktif akan menjana pendapatan sesebuah negara. Sektor ekonomi memainkan peranan atau fungsi masing-masing yang mana ianya saling melengkapi dalam pembangunan sesebuah negara. Antara sektor yang paling menjadi aktiviti pilihan yang mampu menggerakkan ekonomi setempat ialah industri pelancongan. Daerah Besut, Terengganu dilihat antara kawasan yang aktif menerima pelancong. Daerah Besut mempunyai gerbang pelancongan yang unik dan dinamik mampu mencorak kepelbagaian aktiviti pelancongan dan menggamit ramai pengunjung tempatan dan pelancong antarabangsa. Pusat-pusat peranginan pantai di Daerah Besut, Terengganu mempunyai tahap kemudahsampaian yang tinggi dan kemudahan infrastruktur yang baik seiring dengan kemajuan sektor pelancongan negara. Kelestarian aktiviti pelancongan perlu selari dengan pembangunan sektor ekonomi dan pembangunan harta tanah di daerah ini. Pembangunan penginapan yang sedia ada lebih menjurus kepada hotel bajet dan berbentuk chalet. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penawaran hotel sediada adakah mencukupi untuk menampung industri pelancongan, mengenal pasti keperluan pembangunan hotel yang mempunyai penarafan bintang sebagai mercu tanda dan ciri-ciri pembangunan hotel. Skop kajian ini adalah melihat keperluan pembangunan hotel di Daerah Besut, Terengganu. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dimana data dikumpulkan melalui kaedah temubual dan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan (content analysis). Responden bagi kajian ini adalah wakil pihak pengurusan Majlis Daerah, Pentadbir Tanah, Jabatan Pelancongan Negeri dan Pihak Swasta. Kajian ini penting dalam membantu untuk dijadikan sebagai garis panduan asas dalam usaha untuk meningkatkan dan memperkasakan pembangunan harta tanah dalam industri perhotelan di negeri Terengganu amnya dan Daerah Besut amnya. Kajian ini dijangkakan mampu membantu pihak yang berkaitan dalam menarik minat pelabur dalam mewujudkan industri perhotelan yang bertaraf bintang bagi memangkin dan menjana ekonomi penduduk di daerah ini seiring dengan sektor ekonomi utama yang sedia ada iaitu pertanian, perikanan, perdagangan dan perkhidmatan.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:pelancongan, pembangunan hotel, industri perhotelan
Subjects:G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism
Divisions:Built Environment
ID Code:99764
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:19 Mar 2023 10:44
Last Modified:19 Mar 2023 10:44

Repository Staff Only: item control page