Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perbezaan nilaian dari segi faktor pemilikan bagi Tanah Rizab Melayu dan Tanah Luar Rizab Melayu di negeri Perak

Tan, Eng Peik (2022) Perbezaan nilaian dari segi faktor pemilikan bagi Tanah Rizab Melayu dan Tanah Luar Rizab Melayu di negeri Perak. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Built Environment & Surveying.

[img]
Preview
PDF
356kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Tanah Rizab Melayu (TRM) merupakan satu perundangan pemilikan tanah yang dikhaskan kepada masyarakat melayu sahaj a. Sekatan Rizab Melayu merupakan sekatan pemilikan di mana harta tanah berkenaan hanya boleh dimiliki oleh ‘orangorang Melayu’ sahaja dan dipindahmilik/digadaikan kepada ‘orang-orang Melayu’ sahaja, yang secara tidak langsung menyekat pasaran. Namun demikian, sekatan pindahmilik tersebut adalah dikecualikan kepada tanah kepunyaan pemilik bukan Melayu yang diisytiharkan sebagai Rizab Melayu sebelum merdeka di bawah Seksyen 6(vi), ERM dan Perkara 89(4), Perlembagaan Persekutuan. Seseorang Penilai seringkali menghadapi masalah dalam membuat keputusan dalam menentukan nilaian. Pendekatan nilaian yang paling popular dan sering digunapakai oleh Penilai adalah Pendekatan Perbandingan. Ketiadaan perbandingan jual beli yang sebanding sering menimbulkan masalah kepada seorang Penilai. Apabila perbandingan yang kurang sebanding digunakan, pelarasan yang sewajarnya perlu diberikan bagi faktor-faktor yang berbeza. Begitulah juga keadaannya apabila menilai TRM. Kajian ini berhasrat mengetahui kewujudan perbezaan nilaian dari segi faktor pemilikan Tanah Rizab Melayu dan Tanah Luar Rizab Melayu. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan data transaksi yang diperolehi dari VIS JPPH. Pemilihan mengikut kriteria tertentu telah dij alankan dan seterusnya data tersebut diproses untuk dianalisis melalui program SPSS. Perbezaan nilai tersebut akan ditunjukkan dalam bentuk peratusan. Melalui kajian yang dijalankan, penulis mendapati bahawa terdapat perbezaan antara nilai TRM pemilikan bukan Melayu dan pemilikan Melayu manakala nilai TRM pemilikan bukan Melayu mempunyai nilai yang hampir sama dengan nilai TLRM. Perbezaan nilaian tersebut berlaku disebabkan pengecualian sekatan pindahmilik kepada Tanah Rizab Melayu di bawah pegangan bukan Melayu. Semoga kajian ini dapat menjadi rujukan kepada Penilai JPPH dan Penilai Swasta dalam kerja-kerja pelarasan terutamanya dari segi faktor pemilikan di TRM khususnya di Negeri Perak. Kekurangan data transaksi yang memenuhi kesemua kriteria yang ditetapkan untuk tujuan analisis dan kekurangan bahan penulisan berkaitan TRM dari sudut nilaian merupakan kekangan dihadapi dalam kajian ini.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:Tanah Rizab Melayu (TRM), Penilai, pemilikan
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions:Built Environment
ID Code:99754
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:19 Mar 2023 10:32
Last Modified:19 Mar 2023 10:32

Repository Staff Only: item control page