Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian impak banjir terhadap nilai harta tanah kediaman di Terengganu

Suhaimin, Syuzairin (2022) Kajian impak banjir terhadap nilai harta tanah kediaman di Terengganu. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Built Environment & Surveying.

[img]
Preview
PDF
986kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Impak banjir dikategorikan kepada kos ketara dan kos tidak ketara. Kos ketara adalah kos yang boleh diukur dari segi kewangan seperti kerosakan harta benda, kerugian pendapatan dan perkhidmatan. Manakala kos tidak ketara adalah yang tidak dapat diukur dari segi kewangan seperti gangguan emosi dan fizikal terutama bagi mangsa yang terjejas. Banjir turut memberikan kesan terhadap nilai harta tanah. Impak banjir terhadap nilai harta tanah adalah bergantung kepada beberapa faktor lain seperti lokasi harta dan kekerapan banjir. Oleh itu, kajian impak banjir ini perlu dikaji mengikut lokaliti bagi mendapatkan kesan yang signifikan. Selain itu, nilai harta tanah turut dipengaruhi dengan faktor lain iaitu tahun nilaian, jenis pegangan, keluasan tanah, jenis bangunan kediaman, keluasan bangunan, umur bangunan, bilangan tingkat, bilangan bilik, dan jarak dari pusat bandar. Arah aliran purata harga harta tanah kediaman di Mukim Cukai di dalam tempoh 2010 sehingga 2021 menunjukkan terdapat penurunan purata harga sebanyak 17.5 peratus pada 2015 berbanding 2014. Ini adalah kerana berlakunya banjir besar di kawasan kajian pada tahun 2014. Analisis juga membuktikan, nilai purata harga harta tanah kediaman di Mukim Cukai mengambil masa selama 5 tahun untuk pulih. Disamping itu, dua model harga hedonik dibentuk di dalam mengkaji impak banjir. Model HPM pertama menunjukkan faktor kawasan banjir mempunyai kesan yang tidak ketara iaitu 2.94 peratus lebih tinggi jika dibandingkan kawasan bebas banjir. Hubungan yang positif ditafsirkan berdasarkan kedudukan kawasan banjir ini terletak lebih hampir dengan pusat bandar dan merupakan tumpuan perumahan utama di Mukim Cukai jika dibandingkan harta tanah di luar kawasan banjir terletak di pinggir mukim. Manakala, bagi model HPM kedua, menunjukkan nilai harta tanah selepas banjir berlaku penurunan sebanyak 12.1 peratus jika dibandingkan dengan sebelum banjir. Oleh itu dapat dirumuskan, faktor banjir memberi kesan kepada nilai harta tanah di kawasan yang terjejas terutama jika dilihat dari sudut sebelum banjir dan selepas banjir sekaligus membantu agensi-agensi yang terlibat melaksanakan persediaan sewajarnya dalam memastikan nilai harta tanah proaktif dengan pembangunan harta tanah semasa dan akan datang.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:impak banjir, harta tanah, bangunan, kediaman
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions:Built Environment
ID Code:99753
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:19 Mar 2023 10:31
Last Modified:19 Mar 2023 10:31

Repository Staff Only: item control page