Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Strategi pemasaran dalam pengekalan kadar penghunian kompleks membeli belah semasa pandemik COVID-19

Omar, Suraya (2022) Strategi pemasaran dalam pengekalan kadar penghunian kompleks membeli belah semasa pandemik COVID-19. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Built Environment & Surveying.

[img]
Preview
PDF
737kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Kehadiran Pandemik COVID-19 telah memberi kesan ke atas ekonomi dunia dalam pelbagai bidang termasuk sektor harta tanah. Persatuan Pusat Beli- Belah Malaysia (PPKM) menganggarkan industri kompleks membeli-belah akan berdepan dengan kerugian melebihi RM750 juta akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari yang bermula pada 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020. Kerugian tersebut tidak termasuk jumlah dagangan yang dicatatkan oleh sektor peruncitan. Kajian lepas menyatakan bahawa kadar penghunian dan kadar sewa untuk kompleks membeli-belah dan ruang pejabat terus menurun. Kadar sewa untuk pejabat dan ruang niaga di Lembah Klang sudah mula turun selama empat suku berturut-turut sejak suku ketiga tahun 2020. Berdasarkan Laporan Pasaran Harta 2021, keseluruhannya prestasi kompleks perniagaan terus perlahan dengan merekodkan kadar penghunian 76.3% pada 2021, menurun daripada 77.5% pada 2020. Matlamat kajian ini adalah untuk mengenal pasti kadar penghunian kompleks membeli belah semasa pandemik COVID-19 dan mengenal pasti strategi pemasaran yang digunapakai oleh pengurus bangunan kompleks membeli-belah semasa pandemik COVIC-19. Metodologi kajian adalah berdasarkan pendekatan kualitatif menggunakan analisis frekuensi dan analisis tematik. Borang temu bual semi struktur telah dibangunkan dan temu bual melibatkan 6 orang pengurus kompleks membeli belah yang terpilih. Hasil kajian mendapati konsep strategi pemasaran 4P yang digunapakai oleh pengurus bangunan dapat mengekalkan kadar penghunian terutamanya pemasaran secara dalam talian merupakan satu tindakan yang terbaik ke arah digitalisasi pemasaran semasa dan selepas pandemik. Kajian ini penting dalam membantu pengusaha kompleks membeli belah bagi mewujudkan kesinambungan dan kemampanan sekiranya berlaku sebarang krisis ekonomi pada masa hadapan.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:kompleks membeli-belah, PKP, penghunian, pemasaran
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Built Environment
ID Code:99751
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:19 Mar 2023 10:30
Last Modified:19 Mar 2023 10:30

Repository Staff Only: item control page