Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengetahuan masyarakat berkenaan lembaga rayuan dalam pembangunan tanah di Majlis Bandaraya Johor Bahru

Abd. Hashim, Siti Hamnah (2022) Pengetahuan masyarakat berkenaan lembaga rayuan dalam pembangunan tanah di Majlis Bandaraya Johor Bahru. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Built Environment & Surveying.

[img]
Preview
PDF
367kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Proses perbandaran yang kiat pesat berlangsung menunjukkan satu penanda aras ke arah peningkatan ekonomi Malaysia. Proses perbandaran dan pembangunan tanah tidak hanya terhad kepada pembangunan di kawasan bandar-bandar besar, namun pembangunan tanah juga berlaku di pinggir-pinggir bandar. Negeri Johor Merupakan salah satu negeri yang mempunyai pendapatan atau Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tinggi di Malaysia. Negeri Johor juga terlibat dengan projek atau program pembangunan yang mempunyai impak tinggi seperti Landasan Berkembar Elektrik Gemas ke Johor Bahru dan Projek Rapit Transit System Link (RTS Link) dan sebagainya. Walau bagaimanapun, setiap pembangunan tanah ini perlu mendapatkan kebenaran dan kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT). Oleh yang demikian adalah penting untuk mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang (KM) sebelum pembangunan tanah dimulakan. Walau bagaimanapun, tidak semua permohonan KM yang dipohon akan diluluskan oleh PBPT dan terdapat juga permohonan KM yang ditolak oleh PBPT. Melalui peruntukan Akta 172, Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan (KKLR) 1988 telah diperkenalkan bagi membantu pemohon yang merasa terkilan dengan keputusan PBT atau PBPT untuk mengemukakan rayuan. KKLR ini adalah tidak hanya tertakluk kepada keputusan terhadap penolakan KM namun terdapat pekara lain yang boleh dipertimbangkan dalam Lembaga Rayuan. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bagi memberikan pendedahan kepada masyakarat tentang fungsi dan peranan Lembaga Rayuan dalam pembangunan tanah. Hal ini bagi memastikan masyarakat dapat memanfaatkan peruntukan yang ada dan dalam masa yang sama bagi memastikan PBPT dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam pemberian sesuatu keputusan. Lembaga Rayuan ini juga sebagai satu medium ‘check and balance’ dalam proses pembangunan.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:pembangunan tanah, RTS Link, PBT, PBPT
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions:Built Environment
ID Code:99728
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:19 Mar 2023 10:07
Last Modified:19 Mar 2023 10:07

Repository Staff Only: item control page