Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesan pembangunan Rumah Selangorku terhadap pasaran harta tanah kediaman di negeri Selangor

Omar, Shahril (2022) Kesan pembangunan Rumah Selangorku terhadap pasaran harta tanah kediaman di negeri Selangor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Built Environment & Surveying.

[img]
Preview
PDF
410kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Kajian Penyelidikan ini dijalankan adalah bagi mengenal pasti pembangunan Rumah Selangorku (RSKU) memberi kesan terhadap pasaran harta tanah kediaman di negeri Selangor. Secara umumnya, senario pembangunan harta tanah di Malaysia diberitakan bahawa berlaku situasi unit tidak terjual (“overhang”) bagi unit kediaman yang mewujudkan persoalan samada pembangunan RSKU atau rumah mampu milik yang lain sesuai dibangunkan dengan keadaan situasi pasaran harta tanah sekarang. Oleh yang demikian, kajian ini akan memfokuskan kepada kesan pembangunan ini kepada permintaan dan penawaran terhadap harta tanah kediaman yang lain. Kajian penyelidikan akan dijalankan dengan melibatkan pensampelan dari rakyat negeri Selangor yang akan melibatkan penggunaan soal selidik dan seterusnya akan diolah menggunakan kaedah analisa skala likert serta analisa-analisa bagi menentukan signifikan terhadap pemboleh ubah dan attribute yang lain terhadap persoalan bagi mencapai objektif kajian. Ini juga bagi menentukan faktor-faktor yang bersesuaian untuk membangunkan RSKU. Seterusnya analisa terhadap data-data sekunder atau data kuantitatif juga akan dijalankan bagi mendapatkan jawapan berkenaan sebarang kesan terhadap permintaan dan penawaran harta tanah kediaman di negeri Selangor. Di akhir kajian ini, setelah penemuan dan dapatan telah dikenal pasti dari analisa yang telah dijalankan, maka ulasan dan cadangan penambahbaikan bagi pembangunan RSKU pada masa akan datang. Kajian ini juga diharapkan dapat menjadikan RSKU sebagai model contoh bagi pembangunan rumah mampu milik yang lain.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:pembangunan Rumah Selangorku (RSKU), rumah mampu milik, penambahbaikan
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
H Social Sciences > HF Commerce
Divisions:Built Environment
ID Code:99726
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:19 Mar 2023 10:05
Last Modified:19 Mar 2023 10:05

Repository Staff Only: item control page