Abdullah, Ruzita (2022) Perbezaan harga rumah pasaran primer dan sekunder di daerah Sepang Selangor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Built Environment & Surveying.
|
PDF
350kB |
Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...
Abstract
Harga rumah kediaman yang semakin meningkat telah menyebabkan kemampuan pembeli rumah agak terbatas dalam memiliki harta tanah kediaman, dan kenaikan harga rumah biasanya dikaitkan dengan psaran utama dan pasaran sekunder. Persoalan yang timbul di antara pelabur dan penilai adalah sama ada terdapat perbezaan harga pasaran primer dan pasaran sekunder harta tanah kediaman, yang mana menjadi topik perbahasan antara ahli akademik. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti perbezaan harga harta tanah kediaman antara pasaran primer dengan pasaran sekunder. Daerah Sepang telah dipilih sebagai kajian kes atas sebab adalah kawasan pembangunan baru pinggir bandar Kuala Lumpur. Data yang digunakan dalam kajian ini adalah data transaksi harta tanah kediaman, kaedah analisis yang digunakan jenis kuantitatif, menggunakan Analisis Purata-Median bagi dan Ujian T. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan harga antara pasaran sekunder dan primer dan median harga pasaran sekunder lebih rendah berbanding pasaran primer. Walaupun harga harta tanah kediaman meningkat setiap tahun pada tempoh kajian, tetapi harga pasaran sekunder tidak dapat mencapai pasaran primer. Fenomena tersebut boleh memberi kesan terhadap pihak-pihak yang berkaitan dengan pasaran harta tanah seperti pelabur yang mana membeli dengan harapan untuk memperolehi pulangan modal yang menguntungkan; institusi kewangan yang mana sekiranya berlaku isu pembayaran, nilai harta tanah tidak dapat menampung jumlah pembiayaan pinjaman. Oleh itu bagi memastikan pasaran harta tanah berada dalam situasi yang sihat dan tidak memberikan kesan negatif kepada pasaran harta tanah negara, pihak-pihak berwajib perlu mencari kaedah yang boleh mengawal kenaikan harga pasaran primer. Kesedaran kepada pembeli, pemaju dan kawalan dalam penetapan harga mampu mengawal pasaran harta tanah agar seimbang antara pasaran primer dan sekunder.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | pasaran primer, pasaran sekunder, tanah kediaman, harta tanah |
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor |
Divisions: | Built Environment |
ID Code: | 99724 |
Deposited By: | Yanti Mohd Shah |
Deposited On: | 19 Mar 2023 10:03 |
Last Modified: | 19 Mar 2023 10:03 |
Repository Staff Only: item control page