Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Strategi kawalan harta tanah tidak terjual di Negeri Melaka

Saleh, Norazila (2022) Strategi kawalan harta tanah tidak terjual di Negeri Melaka. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Built Environment & Surveying.

[img]
Preview
PDF
448kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Isu perumahan adalah salah satu cabaran utama kerajaan dan mempunyai kesan sosial jika ia tidak diurus dengan baik. Isu ini perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh kementerian dan penyelesaiannya memerlukan kerjasama yang padu daripada pelbagai pihak iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, termasuk pihak swasta. Sehubungan dengan itu, kajian ini dibuat bagi mengenalpasti faktor harta tanah kediaman tidak terjual seterusnya mengenalpasti strategi kawalan bagi harta tanah tidak terjual ini. Skop dalam kajian ini memberi tumpuan terhadap rumah kediaman di Negeri Melaka. Kajian ini menggunakan kaedah kualititatif dimana data dikumpulkan melalui kaedah temubual seterusnya dianalisis mengunakan kaedah analisis kandungan (content analysis). Responden bagi kajian ini terdiri daripada wakil daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Swasta dan ahli Akademik. Berdasarkan kepada hasil kajian, terdapat dua belas faktor utama harta tanah kediaman tidak terjual telah dikenalpasti iaitu faktor ekonomi (permintaan dan penawaran), sosial dan demografi, kewangan dan pendapatan isi rumah, harga, politik, lokasi, kemudahan asas dan awam, kemudahan pembiayaan, inflasi dan promosi. Kajian ini juga dapat mengenalpasti enam strategi utama kawalan harta tanah tidak terjual iaitu pemantapan tadbir urus, dasar dan polisi pembangunan harta tanah kediaman, kemudahan kredit, mekanisma kawalan harga, mekanisma kawalan prestasi pemaju, penguatkuasaan undang-undang dan program kesedaran. Kajian ini membuktikan bahawa isu harta tanah tidak terjual ini boleh diatasi dengan penglibatan dan komitmen yang padu daripada pihak yang berkepentingan seperti Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pihak Swasta menerusi kajian awalan samada menerusi kajian kemungkinan dan kajian pasaran terhadap dua belas faktor utama yang mana jika ia diabaikan boleh membawa kepada isu harta tanah tidak terjual. Selain itu pelaksanaan strategi kawalan harta tanah tidak terjual juga perlu dilaksanakan bagi memastikan isu harta tanah sediada tidak terjual ini dapat diatasi dan pembangunan harta tanah kediaman akan datang pula dapat dijual pada masa yang ditetapkan kepada sasaran yang betul dengan harga yang munasabah.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:harta tanah kediaman, harta tanah tidak terjual, pembangunan harta tanah
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions:Built Environment
ID Code:99702
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:19 Mar 2023 09:29
Last Modified:19 Mar 2023 09:29

Repository Staff Only: item control page