Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesan hakisan pantai terhadap nilai harta tanah kediaman yang terletak di persisir pantai Selat Melaka

Md. Nor, Nor Faziha (2022) Kesan hakisan pantai terhadap nilai harta tanah kediaman yang terletak di persisir pantai Selat Melaka. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Built Environment & Surveying.

[img]
Preview
PDF
460kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Hakisan pantai merupakan masalah global yang menjejaskan hampir setiap negara di seluruh dunia yang mempunyai garisan pantai. Ia sering berlaku secara berterusan di sepanjang garisan pantai kerana gabungan faktor semulajadi dan manusia. Masalah hakisan pantai menjadi lebih teruk memandangkan garis pantai adalah kawasan tumpuan manusia bagi menjalankan pelbagai aktiviti dan pembangunan yang produktif. Kajian Institut Perubahan Iklim (UKM) mendapati, kawasan pantai Melaka, Johor, Pahang dan Kelantan hilang sehingga empat meter setahun ekoran hakisan ombak terhadap pantai dan tebing yang dialami secara berterusan. Terdapat kekurangan kajian terutamanya di Malaysia mengenai penilaian harga harta tanah kesan hakisan pantai. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji tren pergerakan harga harta tanah kediaman yang terletak di pesisir dan di luar pesisir pantai Selat Melaka serta mengkaji hubungan dan kesan pergerakan harga terhadap nilai harta tanah kediaman yang disebabkan oleh hakisan pantai. Skop kajian tertumpu kepada beberapa skim perumahan di daerah Melaka Tengah yang terletak di pesisir pantai dan di luar pesisir pantai Selat Melaka. Pendekatan Kuantitatif melalui Analisis Siri Masa digunakan bagi mencapai objektif pertama manakala Analisis Regresi Berganda (MRA) digunakan bagi mencapai objektif kedua. Pengumpulan data sekunder adalah melibatkan data transaksi jualbeli kediaman di kawasan kajian dalam tempoh 11 tahun (2010-2021). Hasil analisis mendapati skim perumahan yang terdedah kepada hakisan pantai dijual pada harga yang lebih rendah berbanding harta tanah yang bebas daripada hakisan pantai. Kajian ini seterusnya mendapati hubungan yang signifikan antara hakisan pantai dengan nilai harta tanah kediaman. Berdasarkan penemuan ini, dapat disimpulkan bahawa hakisan pantai telah memberi kesan ke atas pergerakan harga dan mempengaruhi nilai harta tanah kediaman yang terletak di pesisir pantai Selat Melaka. Walau bagaimanapun, hasil kajian ini hanya menggambarkan kawasan-kawasan yang telah dipilih sahaja dan ia mungkin tidak mewakili kawasan yang lain. Oleh itu, kajian lanjutan perlu dijalankan bagi menentukan apakah hubungan sebenar antara nilai harta tanah dengan hakisan pantai di Malaysia.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:hakisan pantai, nilai harta tanah kediaman, pesisir pantai
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Built Environment
ID Code:99672
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:19 Mar 2023 09:22
Last Modified:19 Mar 2023 09:22

Repository Staff Only: item control page