Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pematuhan lokasi rumah mampu milik dengan pengunaan aplikasi GIS

Karim, Nor Diyana (2022) Pematuhan lokasi rumah mampu milik dengan pengunaan aplikasi GIS. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Built Environment & Surveying.

[img]
Preview
PDF
513kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Penyediaan rumah bukan sahaja perlu mengambilkira bilangan rumah yang mencukupi namun kriteria keselesaan, faktor kemudahsampaian antara kawasan rumah dengan kawasan kemudahan dan tempat kerja juga perlu diberi perhatian khususnya bagi kawasan penempatan rumah mampu milik (RMM). Namun, penyediaan RMM ini dilihat sekadar menyediakan bilangan rumah yang mencukupi kepada golongan sasaran dan lokasi RMM terletak jauh terasing daripada kemudahan asas yang diperlukan. Oleh itu, masih ramai penduduk yang berpendapatan rendah dan sederhana ini tidak berpuashati dalam memiliki rumah kediaman mereka. Justeru, kajian ini akan mengaplikasikan perisian GIS sebagai alat untuk menilai lokasi perumahan mampu milik di Mukim Pulai, Daerah Johor Bahru, Negeri Johor. Penilaian dibuat untuk melihat samaada lokasi RMM mematuhi atau tidak patuh kepada kriteria penentu lokasi RMM. Analisis Structured Query Language (SQL) dan kaedah analisis Overlay dan Intersect akan digunakan untuk mencapai objektif kajian. Analisis Structured Query Language (SQL) akan mengenalpasti lot-lot kadaster mengikut kriteria penentu lokasi dan setiap kriteria tersebuat akan mempunyai layer yang tersendiri. Sehubungan itu, Analisis Overlay dan Intersect digunakan untuk overlaying hasil pelan SQL dengan data RMM sedia ada yang telah diperolehi pengkaji semasa peringkat pengumpulan data. Hasil akhir kajian ini akan menunjukkan kawasan RMM yang mematuhi dan kawasan RMM yang tidak mematuhi kriteria lokasi bagi penempatan RMM serta kesan yang berlaku kepada komuniti sekiranya rumah mereka jauh daripada kemudahan asas yang diperlukan. Kajian ini juga akan membantu pihak kerajaan khusunya di peringkat kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam merangka dasar dan garis panduan secara terperinci bagi penentu lokasi penyediaan RMM pada masa akan datang.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:GIS, rumah mampu milik (RMM), lokasi perumahan, kemudahan asas
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Built Environment
ID Code:99671
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:19 Mar 2023 09:20
Last Modified:19 Mar 2023 09:20

Repository Staff Only: item control page