Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Makna dan cabaran pekerjaan sambilan harian ketika tempoh pandemik: kajian kes terhadap pekerja sambilan harian di Kuala Lumpur

Bungsu, Mohd. Sharial and Ibrahim, Farah Adibah and Yusof, Junaidah (2021) Makna dan cabaran pekerjaan sambilan harian ketika tempoh pandemik: kajian kes terhadap pekerja sambilan harian di Kuala Lumpur. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 18 (8). pp. 107-118. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
375kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/article/view/51792

Abstract

Malaysia turut menerima implikasi ekonomi berikutan serangan pandemik Covid-19. Ramai golongan pekerja kehilangan pekerjaan berikutan ketidakupayaan majikan untuk menampung kos operasi syarikat apabila Perintah Kawalan Pekerjaan (PKP) fasa satu dilaksanakan. Hal ini kerana pihak kerajaan hanya membenarkan beberapa sektor ekonomi terpilih sahaja beroperasi ketika tempoh PKP fasa satu berlangsung. Apabila keadaan berasur pulih, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah dilaksanakan. Pada tempoh PKPB dan PKPP ini terdapat majikan menawarkan pekerjaan bagi memulakan semula operasi mereka termasuk bagi jawatan pekerja sambilan harian. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk meneliti makna dan cabaran pekerjaan sambilan harian bagi pekerja-pekerja sambilan harian ketika tempoh pendemik covid-19. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Seramai 10 orang informan telah menjadi sampel kajian dan ditemubual secara mendalam. Hasil kajian mendapati bahawa tanggungjawab untuk menyara keluarga muncul sebagai faktor utama mengapa para pekerja sambilan harian ini sanggup menerima tawaran pekerjaan sambilan harian sungguhpun tidak selari dengan kelayakan akademik dan pengalaman kerja mereka. Sementara itu, risiko jangkitan covid-19 dan ditamatkan perkhidmatan pada bila-bila masa merupakan cabaran yang paling banyak dinyatakan oleh para informan. Kesimpulannya, ketika tempoh pandemik, mendapatkan suatu pekerjaan dilihat sangat penting untuk kelangsungan hidup seseorang pekerja dan keluarga mereka.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:cabaran, pekerjaan sambilan harian, pandemik Covid-19
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Management
ID Code:98367
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:08 Dec 2022 06:56
Last Modified:08 Dec 2022 06:56

Repository Staff Only: item control page