Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penglibatan belia dalam isu ketagihan bahan pornografi, kesan dan langkah menangani ketagihan

Dzuren, Aleeyah Nur Sabrina and Fong, Yu Jie and Mohd. Anuar, Nik Muhammad Azri and Mohd. Nadzri, Nurul Aliyah and Manjit Singh, Sussvinderjeet Kaur and Mohd. Fakhruddin, Faizah and Mohd. Fakhruddin, Fathiyah (2021) Penglibatan belia dalam isu ketagihan bahan pornografi, kesan dan langkah menangani ketagihan. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 18 (8). pp. 166-178. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
226kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/article/view/51796

Abstract

Isu ketagihan pornografi adalah isu yang tidak boleh dipandang ringan kerana ia semakin berleluasa dalam masyarakat. Ketagihan pornografi boleh meningkatkan jenayah seks luar nikah. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penglibatan belia dalam isu ketagihan bahan pornografi, kesan penglibatan dan langkah menangani isu ketagihan tersebut. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan deskriptif digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Teknik persampelan yang digunakan ialah persampelan mudah atau convenient sampling yang melibatkan belia universiti dan luar universiti yang bersedia terlibat dalam kajian. Seramai 116 orang responden terlibat dalam kajian ini. Soal selidik diedarkan kepada responden menggunakan platform Google Form. Dapatan menunjukkan bahawa penglibatan belia dalam isu ketagihan bahan pornografi berada pada tahap yang sederhana. Seterusnya dapatan menunjukkan kesan utama daripada ketagihan bahan pornografi boleh menjerumuskan diri kepada jenayah seksual. Selain daripada itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa langkah menangani ketagihan bahan pornografi perlu melibatkan pihak kerajaan, institusi pendidikan, ibubapa, insitusi keagamaan dan masyarakat. Kajian ini memberi implikasi penting agar isu ketagihan bahan pornografi dalam kalangan belia wajar ditangani dengan segera dan secara tegas menerusi penggemblengan usaha daripada pihak yang berkaitan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pornografi, ketagihan pornografi, belia, langkah menangani, kesan ketagihan
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Biosciences and Medical Engineering
ID Code:98332
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:07 Dec 2022 02:13
Last Modified:07 Dec 2022 02:13

Repository Staff Only: item control page