Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Mikropolitik dan implikasinya kepada pihak berkuasa tempatan: sorotan literatur

Mohd. Azman, Mohamad Aznor Kamaruddin and Zaini, Fadilah and A. Rahim, Nur Syafiqah (2021) Mikropolitik dan implikasinya kepada pihak berkuasa tempatan: sorotan literatur. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 18 (8). pp. 136-147. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
235kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/article/view/51794

Abstract

Politik bukan hanya berpaksikan kepada politik kepartian seperti pilihanraya dan ceramah kempen, boleh juga terjadi dalam pelbagai bentuk dan situasi. Daripada isu sensitif akidah melibatkan pertembungan ideologi Syiah, kritikan Syiah Zaidiyah berkenaan Teori Imamah Syiah Imamiah dan Syiah Ismailiyah, amalan protes punk yang lahir separuh abad yang lalu sehingga membentuk sub-budaya. Namun, politik juga lahir daripada dalam pengurusan organisasi, dikenali sebagai politik organisasi atau mikropolitik. Meskipun mikro (sangat kecil), namun tidak boleh lari daripada kuasa dan pengaruh dalam mencapai matlamat peribadi. Secara umumnya, ramai ahli akademik menganggap politik organisasi sebagai tingkah laku yang berniat untuk menjaga kepentingan diri dengan menjadikan individu atau kumpulan lain sebagai korban bagi mencapai matlamat dan cita-citanya. Urusan kenaikan pangkat, perolehan tender projek, penyebaran maklumat lebih mudah dicapai dengan adanya aktiviti politik yang tidak sihat. Sehubungan itu, perbincangan ini tidak bertujuan untuk memberi fokus kepada pendekatan yang sama dalam menjawab persoalan kajian yang terarah kepada pembangunan politik daripada sudut pemerintahan dan kepartian. Malah, tidak juga berpaksikan satu bentuk analisis yang bersifat mengukur tingkat politik yang berstruktur dan melibatkan hubungan antarabangsa. Tetapi, lebih khusus kepada kepimpinan dan pentadbiran awam sebagai satu subjek tujahan dalam kerangka perbincangan bagi memahami persoalan politik organisasi dan implikasinya kepada organisasi.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kepimpinan, mikropolitik, kuasa, pengaruh, integriti
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
J Political Science > JC Political theory
Divisions:Management
ID Code:98328
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:07 Dec 2022 02:08
Last Modified:07 Dec 2022 02:08

Repository Staff Only: item control page