Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penilaian ketepatan kamera digital berasaskan ketinggian penerbangan menggunakan pesawat tanpa pemandu untuk tujuan pemetaan

Ahmad, Mohd. Juraidi (2020) Penilaian ketepatan kamera digital berasaskan ketinggian penerbangan menggunakan pesawat tanpa pemandu untuk tujuan pemetaan. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Built Environment & Surveying.

[img]
Preview
PDF
479kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Pesawat Udara Tanpa Pemandu (UAV) adalah salah satu cara alternatif untuk meringankan proses memperoleh data dengan kos operasi dan pembuatan yang lebih rendah serta mudah digunakan. UAV digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang seperti ketenteraan, arkeologi, pertanian dan penyelidikan saintifik. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai ketepatan kamera berdigit berasaskan ketinggian penerbangan yang berbeza menggunakan UAV untuk tujuan pemetaan, dengan memberi tumpuan kepada pemetaan topografi dan pengemaskinian peta. Dalam kajian ini, perisian Agisoft Photoscan Professional, AutoCAD Civil 3D dan ArcGIS 10 digunakan untuk memproses imej UAV dan membuat analisis. Titik Kawalan Bumi (TKB) dan Titik Semakan (TS) telah diwujudkan menggunakan kaedah Sistem Penentududukan Sejagat secara Kinematik Masa Hakiki (RTK-GPS). Empat hasil ditemui dari kajian ini iaitu ortofoto, Model Rupabumi Digital (DTM), garis kontor dan peta topografi. Analisis terhadap hasil kajian dibuat berdasarkan tiga ketinggian penerbangan yang berbeza iaitu 250 meter, 300 meter dan 350 meter dan dua resolusi kamera yang berbeza iaitu 12 megapiksel dan 24 megapiksel. Keputusan kajian ini menunjukkan kejituan planimetri dan ketinggian hasil fotogrametri dari imej UAV yang diproses menggunakan 25 titik TKB dan 10 TS. Nilai Ralat Min Punca Kuasa Dua (RMSE) ortofoto pada ketinggian penerbangan 250 meter adalah U = ± 0.128 meter, T = ± 0.154 meter dan H = ± 0.256 meter. Pada ketinggian penerbangan 300 meter, nilai RMSE adalah U = ± 0.33 meter, T = ±0.343 meter dan H = ± 0.454 meter, sementara pada 350 meter nilainya adalah U = ± 0.403 meter, T = ± 0.378 meter dan H = ± 0.482 meter. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa ketepatan planimetri yang dicapai (U, T) adalah kurang dari satu meter manakala ketepatan ketinggian (H) adalah dua kali ganda nilainya berbanding nilai ketepatan planimetri. Hasilnya juga menunjukkan bahawa ketepatan planimetri dan ketinggian bertambah baik apabila resolusi kamera berdigit meningkat. Daripada kajian ini, dapat disimpulkan bahawa sistem UAV berpotensi besar untuk digunakan untuk tujuan pemetaan.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:Pesawat Udara Tanpa Pemandu (UAV), Titik Kawalan Bumi (TKB), Titik Semakan (TS), pemetaan topografi
Subjects:G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Built Environment
ID Code:98291
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:04 Dec 2022 10:13
Last Modified:04 Dec 2022 10:13

Repository Staff Only: item control page