Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap kesedaran terhadap keperluan pengurusan fasiliti: Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta

Juwahir, Paridah (2020) Tahap kesedaran terhadap keperluan pengurusan fasiliti: Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Built Environment & Surveying.

[img]
Preview
PDF
417kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesedaran terhadap keperluan pengurusan fasiliti di JPPH dan mengenalpasti aspek pengurusan fasiliti yang perlu diberi keutamaan berdasarkan tahap kesedaran. Pengetahuan terhadap pengurusan fasiliti di jabatan/ agensi kerajaan adalah sangat penting bagi mengelakkan pembaziran wang rakyat ekoran ketidakcekapan dalam mengurus dan menyenggara aset dan fasiliti. Halangan utama bagi melaksanakan Pengurusan Fasiliti di organisasi kerajaan adalah berpunca dari kurangnya kesedaran dikalangan warga/ penjawat awam untuk berubah dari cara kerja lapok iaitu masih menjalankan penyelenggaraan mengikut kaedah lama dan tiada perancangan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengukur tahap kesedaran terhadap keperluan pengurusan fasiliti dikalangan penjawat awam JPPH. Penulis menggunakan kaedah kuantitatif untuk mencapai objektif kajian. Data sekunder dikumpul dari kajian literatur yang berkaitan dengan pengurusan fasiliti dan tahap kesedaran berkenaan pengurusan asset dan fasiliti. Kajian literatur ini digunakan sebagai bahan rujukan utama membentuk soalan kajian dan seterusnya untuk mencapai objektif kajian. Jumlah minimum responden bagi kajian ini adalah sekurang-kurangnya 100. Analisis frekuensi digunakan untuk menganalisis profil responden manakala Skala Likert digunakan untuk mengukur tahap kesedaran dan aspek pengurusan fasiliti yang paling utama. Dapatan dari kajian menunjukkan warga JPPH telah mempunyai kesedaran terhadap keperluan pengurusan fasiliti, walaubagaimanapun ia perlu ditingkatkan lagi. Aspek pengurusan fasiliti yang perlu diutamakan oleh JPPH dalam meningkatkan amalan pengurusan fasiliti adalah menguruskan sewajarnya sumber yang ada dengan lebih cekap dan berkesan.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:JPPH, pengurusan fasiliti, penyelenggaraan, kesedaran
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Built Environment
ID Code:98267
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:29 Nov 2022 02:59
Last Modified:29 Nov 2022 02:59

Repository Staff Only: item control page