Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengurusan rekod bangunan kerajaan: kajian kes di Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang

Wira, Rosmiza (2021) Faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengurusan rekod bangunan kerajaan: kajian kes di Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Built Environment & Surveying.

[img]
Preview
PDF
555kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Rekod bangunan merupakan sumber bukti sahih untuk sebarang tindakan, transaksi dan tuntutan sebaik sahaja projek tamat. Sebarang rekod yang digunakan mengesahkan tanggungjawab undang-undang untuk projek tersebut dan bertindak sebagai satu bahan yang berharga bagi seorang pengurus untuk membuat keputusan yang baik. Ia juga dapat meningkatkan kebertanggungjawaban dan ketelusan, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kerajaan dan dapat membantu organisasi dalam pengiktirafan kualiti Namun begitu, tidak ramai pemain industri melihat kepada kepentingan menguruskan rekod tersebut dengan betul. Ini mengakibatkan isu-isu seperti masa, kos, kredibiliti dan keboleh percayaan sesebuah organisasi kerajaan sama ada untuk projek pembinaan, projek naik taraf dan penyelenggaraan akan terjejas. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi keberkesanan rekod bangunan kerajaan dan untuk mencadangkan langkah-langkah bagi memperbaiki dan menambahbaik prosedur pengurusan rekod bangunan sedia ada. Dengan menggunakan kajian kualitatif sebagai kaedah kajian, penyelidik telah menemubual dua belas (12) kakitangan JKR mengkhususkan kakitangan yang terlibat secara langsung dalam pengurusan rekod bangunan di Ibu Pejabat JKR Negeri Pahang. Hasil dapatan kajian mendapati faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengurusan rekod bangunan kerajaan adalah; (1) polisi, (2) sistem perisian elektronik, (3) audit dan yang terakhir (4) ilmu dan kemahiran.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:rekod bangunan kerajaan, kakitangan, pengiktirafan kualiti
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Built Environment
ID Code:98264
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:23 Nov 2022 08:45
Last Modified:23 Nov 2022 08:45

Repository Staff Only: item control page