Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi penyewa terhadap kontrak perjanjian penyewaan perumahan persendirian

Adam, Siti Jaliah (2021) Persepsi penyewa terhadap kontrak perjanjian penyewaan perumahan persendirian. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Built Environment & Surveying.

[img]
Preview
PDF
419kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Perumahan merupakan elemen penting dalam menjamin kesejahteraan penduduk. Penyewaan kediaman menjadi alternatif dalam memenuhi keperluan asas tempat tinggal. Ketiadaan undang-undang khas dalam penyewaan menyebabkan tiada kawalan dalam perlaksanaan urusniaga sewa kediaman terutamanya dalam penyediaan kontrak perjanjian penyewaan. Kandungan perjanjian penyewaan yang sangat longgar, terma yang sukar difahami dan bebas ditentukan mengikut kehendak masing-masing menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan hak antara tuan rumah dan penyewa. Oleh itu kajian ini bertujuan mengkaji kontrak perjanjian penyewaan agar dapat melindungi penyewa dan sekaligus menambahbaik kontrak perjanjian penyewaan sedia ada. Instrumen soal selidik telah digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan maklum balas daripada responden. Data yang diperolehi dianalisis dengan Perisian SPSS. Statistik deskriptif iaitu frekuensi, peratusan dan min telah digunakan untuk menjelaskan profil responden dan menjawab persoalan kajian. Seramai 106 responden yang terdiri daripada penyewa dipilih secara rawak. Hasil dapatan kajian mendapati keseluruhan kontrak perjanjian penyewaan sedia ada berada pada tahap yang memuaskan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa terma yang berada pada tahap kurang memuaskan dan tidak memuaskan iaitu tanggungjawab tuan rumah dari segi penyelenggaran rumah dan pembaikan kerosakan, maklumat inventori, penggunaan wang cagaran, jumlah wang cagaran dan deposit utiliti, tempoh pembayaran deposit dan notis bertulis penamatan sewa daripada pemilik. Kajian ini di harap dapat memberi panduan bagi menambahbaik terma-terma di dalam kontrak perjanjian penyewaan pada masa hadapan.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:kontrak perjanjian penyewaan, penyelenggaran rumah, sewa kediaman
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions:Built Environment
ID Code:98256
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:23 Nov 2022 08:39
Last Modified:23 Nov 2022 08:39

Repository Staff Only: item control page