Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tindakan penguatkuasaan terhadap pelanggaran syarat tanah di daerah Kuala Selangor

Mohd. Arif, Mohd. Zary Affendi (2020) Tindakan penguatkuasaan terhadap pelanggaran syarat tanah di daerah Kuala Selangor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Built Environment & Surveying.

[img]
Preview
PDF
629kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Isu berhubung kes pelanggaran syarat tanah di Malaysia merupakan satu isu yang semakin menjadi-jadi dan perlu diberikan perhatian serius. Isu pelanggaran syarat tanah yang berlaku bukan sahaja akan mengganggu penduduk di sekitar tetapi ianya juga secara keseluruhannya akan mendatangkan impak yang negatif kepada sosial, ekonomi dan alam sekitar. Di daerah Kuala Selangor, kes-kes pelanggaran syarat tanah yang telah berlaku masih belum dapat diselesaikan sehingga kini. Selain itu, kes baru berkaitan pelanggaran syarat tanah tetap juga timbul dan ini telah menyebabkan pertambahan bilangan kes pelanggaran syarat tanah yang belum di selesaikan di daerah Kuala Selangor meningkat. Walaupun undang-undang berhubung pelanggaran syarat tanah telah lama diwujudkan dan tindakan penguatkuasaan juga telah diambil oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor, namun bilangan kes pelanggaran syarat tanah di daerah Kuala Selangor tetap bertambah dari tahun ke tahun. Oleh sebab itu, kajian ini diperlukan bagi mengkaji cabaran yang dihadapi oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap kes pelanggaran syarat tanah dan mencari jalan penyelesaian bagi cabaran yang dihadapi untuk mempertingkatkan lagi kecekapan dalam melaksanakan penguatkuasaan terhadap pelanggaran syarat tanah di daerah Kuala Selangor. Bagi mencapai matlamat dan objektif kajian, kaedah pengumpulan data yang diperoleh daripada sumber data primer dan data sekunder akan dianalisa menggunakan kaedah kualitatif. Data primer diperoleh daripada sesi temubual dan pemerhatian di lapangan manakala data sekunder diperoleh daripada kajian literatur. Secara kesimpulannya, ketiga-tiga objektif dalam kajian ini telah tercapai. Terdapat empat (4) cabaran yang dihadapi oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap pelanggaran syarat tanah iaitu peraturan sedia ada tidak saling melengkapi, percanggahan peraturan diantara Majlis Daerah Kuala Selangor dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor, tekanan daripada ahli politik serta kekurangan kakitangan penguatkuasaan. Untuk mengatasi cabaran ini, terdapat empat (4) cadangan penyelesaian yang dikenalpasti iaitu mengadakan satu program penyelarasan tindakan penguatkuasaan, pengezonan semula oleh Majlis Daerah Kuala Selangor, mengadakan program perkongsian ilmu bersama ahli politik di daerah Kuala Selangor dan menambah bilangan kakitangan penguatkuasaan di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor. Oleh itu, bagi memastikan tindakan penguatkuasaan ini dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dan efisien, kerjasama semua pihak terlibat adalah amat diperlukan. Dengan adanya kerjsama semua pihak nescaya kesan positif akan dapat diperolehi demi untuk pembangunan ekonomi, sosial dan persekitaran yang lebih baik.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:pelanggaran syarat tanah, tindakan penguatkuasaan, percanggahan peraturan
Subjects:G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions:Built Environment
ID Code:98253
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:23 Nov 2022 08:36
Last Modified:23 Nov 2022 08:36

Repository Staff Only: item control page