Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Reka bentuk pembangunan prototaip perisian pembelajaran matematik VATrans yang berasaskan penggabungan pemikiran visualisasi dan analisis

Abu, Mohd. Salleh and Tan, Wee Chuen (2001) Reka bentuk pembangunan prototaip perisian pembelajaran matematik VATrans yang berasaskan penggabungan pemikiran visualisasi dan analisis. Jurnal Teknologi E (34E). pp. 1-8. ISSN 0127-9696

[img]
Preview
PDF
622Kb

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/34/E/JT34...

Abstract

Proses pembelajaran matematik yang bermakna banyak berasaskan kepada aktiviti mental melibatkan proses mencari, membina dan mengaplikasi perhubungan atau perkaitan secara logik serta membentuk kefahaman intuitif mengenai sesuatu konsep. Aktiviti ini amat berkait rapat dengan dua jenis pemikiran matematik dinamakan Visualisasi dan Analisis. Lazimnya, pembelajaran matematik yang berkesan bukan sahaja memerlukan pelajar mengamalkan kedua-dua jenis pemikiran ini tetapi juga ia perlu dilakukan secara bergabung. Keperluan penggabungan kedua-dua jenis pemikiran ini menjadi lebih jelas dalam beberapa topik matematik khususnya yang memerlukan pelajar membuat penaakulan dan konfigurasi ruang, misalnya Translasi. Artikel ini mencadangkan asas rekabentuk pembangunan prototaip perisian pembelajaran berasaskan penggunaan teknologi komputer (dinamakan VATrans) yang boleh bertindak sebagai alat pembelajaran (learning tool) yang membantu pelajar dalam mempertingkatkan penggabungan kedua-dua jenis pemikiran berkenaan dalam proses pembelajaran matematik.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:learning tool, mathematic learning, ICT
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:980
Deposited By: En Mohd. Nazir Md. Basri
Deposited On:23 Feb 2007 07:18
Last Modified:09 Nov 2010 08:44

Repository Staff Only: item control page