Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kerangka kompetensi pengetahuan keselamatan dan Kesihatan pekerjaan bagi meningkatkan kesedaran personel binaan

Mazlan, Erita Mazwin (2020) Kerangka kompetensi pengetahuan keselamatan dan Kesihatan pekerjaan bagi meningkatkan kesedaran personel binaan. PhD thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Razak Faculty of Technology & Informatics.

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Kajian ini memberi tumpuan kepada tahap kompetensi pengetahuan personel binaan yang dianggap lemah serta menjadi faktor yang menyebabkan kemalangan, kecederaan dan kematian pekerja di tapak bina. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 1.7 juta pekerja di seluruh dunia mati setiap tahun disebabkan oleh kecederaan dan penyakit pekerjaan. Oleh itu pendidikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) dan latihan keselamatan dianggap sebagai proses latihan yang berterusan untuk membantu personel binaan mempunyai kompetensi pengetahuan yang baik. Terdapat jurang di dalam kandungan modul pendidikan KKP dan topik latihan keselamatan dan ianya merupakan penyumbang kepada kurangnya keberkesanan kompetensi pengetahuan personel binaan. Matlamat utama kajian ini adalah untuk membangunkan kerangka kompetensi pengetahuan keselamatan dan kesihatan pekerjaan personel binaan. Objektif-objektif kajian ini telah dilaksanakan melalui 3 fasa. Fasa pertama menggunakan pendekatan kuantitatif untuk mendapatkan data. Borang soal selidik diedarkan kepada 150 personel binaan yang mengikuti pendidikan KKP dan 424 personel binaan yang mengikuti latihan keselamatan. Data kuantitatif yang dikumpulkan dari responden dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan ujian Kruskal Wallis. Fasa kedua pula ialah pembentukan kerangka kompetensi pengetahuan KKP. Fasa terakhir ialah pengesahan kebolehgunaan kerangka kompetensi pengetahuan KKP sebagai strategi penambahbaikan dalam meningkatkan tahap kompetensi pengetahuan personel binaan melalui temubual khas bersama kumpulan fokus iaitu golongan profesional yang terlibat dengan keselamatan di tapak bina. Kajian ini telah membangunkan 2 kerangka kompetensi pengetahuan KKP personel binaan iaitu kerangka kompetensi pengetahuan KKP dalam Pembinaan (Pengurusan) dan kerangka kompetensi pengetahuan KKP dalam Pembinaan (Individu). Dengan membangunkan kerangka kompetensi ini, personel binaan akan lebih kompeten dalam mempraktikkan pengetahuan KKP di tapak bina dengan memastikan persekitaran kerja selamat dan kerja yang dilakukan oleh pekerja mengikut panduan dan arahan yang betul. Kerangka kompetensi pengetahuan KKP juga boleh dijadikan sebagai salah satu strategi penambahbaikan terhadap tahap kompetensi pengetahuan KKP personel binaan pada masa akan datang.

Item Type:Thesis (PhD)
Uncontrolled Keywords:personel binaan, keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP), tapak bina
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Razak School of Engineering and Advanced Technology
ID Code:97987
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:10 Nov 2022 02:09
Last Modified:10 Nov 2022 02:09

Repository Staff Only: item control page