Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengukuran ketulenan emas menggunakan kaedah ujian tanpa musnah: suatu ulasan perbandingan

Mohd. Nor, Fazrul and Tamuri, Abd. Rahman and Ismail, Abd. Khamim and Ismail, Mohd. Erfy and Amiruddin, Mohd. Hasril (2021) Pengukuran ketulenan emas menggunakan kaedah ujian tanpa musnah: suatu ulasan perbandingan. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 9 (2). pp. 91-106. ISSN 2289-4527

[img]
Preview
PDF
532kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.47252/teniat.v9i2.745

Abstract

Penentuan ketulenan jongkong emas dengan kaedah ujian tanpa musnah adalah perkara yang paling mencabar dalam industri emas terutama jika jongkong emas dipalsukan dengan cara meletakkan tungsten di dalamnya. Instrumen yang sedia ada mempunyai keterbatasan untuk menentukan ketulenan jongkong emas dan sukar untuk mengesan tungsten di dalamnya kerana tungsten mempunyai ketumpatan yang hampir sama dengan emas. Kajian ini mengemukakan keterbatasan instrumen kaedah ujian tanpa musnah seperti densimeter, alat timbangan, sinar-x pendarfluor dan ultrasonik. Dalam kajian ini menemui kesukaran untuk mengenal pasti emas palsu menggunakan instrumen kaedah ujian tanpa musnah seperti ultrasonik dan x-ray fluorescence (XRF) kerana instrumen ini mempunyai batasan. Setakat ini tiada lagi kajian yang berkaitan pemalsuan jongkong emas kerana harganya yang mahal untuk dijadikan sebagai sampel kajian. Masalah jongkong emas palsu dapat diselesaikan jika ketepatan instrumen yang digunakan untuk mengukur ketumpatan dapat ditingkatkan lagi sehingga 0.01 g/ml. Ini kerana perbezaan antara ketumpatan emas dan tungsten adalah 0.05 g/ml. Pemalsuan emas dengan mencampurkan tungsten akan dapat dikesan jika ada instrumen yang mempunyai ketepatan sekurang-kurangnya 0.01 g/ml. Manakala instrumen lain seperti XRF digunakan untuk mengesahkan ketulenan emas di bahagian permukaan sahaja. Oleh itu, bagi pengujian yang lebih menyeluruh masalah jongkong emas palsu ini perlu diselesaikan dengan menggabungkan kedua-dua kaedah ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:emas palsu, jongkong emas, ketumpatan, tungsten, ujian tanpa musnah
Subjects:Q Science > Q Science (General)
Divisions:Science
ID Code:97764
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:31 Oct 2022 08:29
Last Modified:31 Oct 2022 08:29

Repository Staff Only: item control page