Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Peranan sektor pelancongan dalam meningkatkan pendapatan golongan wanita Orang Asli

Roddin, Rohayu and Yusof, Yusmarwati and Mukhtar, Marina Ibrahim and Kamarudin, Khairul Hisyam and Ahmad Hariri, Tun Ili Ayuni (2021) Peranan sektor pelancongan dalam meningkatkan pendapatan golongan wanita Orang Asli. Journal of Tourism, Hospitality and Environment Management (JTHEM), 6 (24). pp. 30-38. ISSN 0128-178X

[img]
Preview
PDF
211kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.35631/JTHEM.624004

Abstract

Masalah kemiskinan merupakan masalah utama yang membelenggu komuniti Orang Asli sejak dahulu lagi. Sektor pelancongan merupakan satu sektor yang dapat menyumbangkan pendapatan kepada golongan ini tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar. Peranan golongan wanita di dalam proses pembangunan masyarakat dilihat sebagai satu jalan penyelesaian yang holistik di mana mereka dilihat mampu menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan masyarakat dan negara. Melalui sektor pelancongan, wanita dalam kalangan orang asli mampu memasarkan produk, kemahiran dan kebolehan mereka melalui penghasilan kraftangan dan persembahan kebudayaan.. Kajian dilakukan secara kualitatif dengan memberi tumpuan kepada wanita dari suku kaum Mah Meri di Kampung Sungai Bumbun, Pulau Carey, Selangor. Lokasi ini dipilih kerana pengembangan, penyediaan kemudahan dan pemusatan aktiviti pelancongan banyak dilaksanakan di sini. Responden yang dipilih telah terlibat secara aktif dalam penghasilan kraftangan dan aktiviti kebudayaan. Dapatan kajian menunjukkan sektor pelancongan mampu membawa perubahan yang besar di mana golongan wanita suku kaum orang asli Mah Meri dapat meningkatkan pendapatan mereka berbanding sebelum menyertai sektor ini. Melalui kajian ini, diharapkan dapat memberi gambaran yang jelas berkaitan peranan sektor pelancongan dalam meningkatkan pendapatan golongan wanita Orang Asli.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kemiskinan, pelancongan, wanita Orang Asli
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions:Razak School of Engineering and Advanced Technology
ID Code:97720
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:27 Oct 2022 02:16
Last Modified:27 Oct 2022 02:16

Repository Staff Only: item control page