Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan antara personaliti jenama dan keinginan untuk membeli produk berjenama mewah tiruan dalam kalangan pelajar universiti

Samir, Mohd. Zamaldin and Nordin, Nor Akmar (2021) Hubungan antara personaliti jenama dan keinginan untuk membeli produk berjenama mewah tiruan dalam kalangan pelajar universiti. Sains Humanika, 13 (2-2). pp. 133-141. ISSN 2289-6996

[img]
Preview
PDF
385kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.11113/sh.v13n2-2.1901

Abstract

Kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan diantara personaliti jenama dan keinginan membeli produk berjenama mewah tiruan dalam kalangan pelajar Universiti ‘X’. Pengkaji telah menggunakan Brand personality Scale yang diperkenalkan oleh Aaker (1997) untuk mengukur tahap personaliti jenama. Manakala, Attitude Survey, Buy Genuine Luxury Fashion Products or Counterfeits yang diperkenalkan oleh Yoo dan Lee (2009) digunakan untuk mengukur keinginan membeli terhadap produk berjenama mewah tiruan. Kajian ini melibatkan 118 responden dari kalangan pelajar Universiti ‘X’. Data yang dikumpulan telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 20. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat sebarang hubungan yang signifikan diantara personaliti jenama dan keinginan membeli produk berjenama mewah tiruan dalam kalangan pelajar Universiti ‘X’.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:personaliti jenama, keinginan membeli, produk tiruandan pelajar universiti
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions:Management
ID Code:97515
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:17 Oct 2022 04:10
Last Modified:17 Oct 2022 04:10

Repository Staff Only: item control page