Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengalaman pembelajaran informal dalam kalangan pengusaha bengkel automotif di Kota Tinggi, Johor

Nadira, Nur Amelina and Abd. Hamid, Mohd. Azhar and Norazman, Irmawati and Thukiman, Kassim and Markom, Mohd. Nasir and Othman, Muhammed Fauzi and Balwi, Mohd. Koharuddin (2021) Pengalaman pembelajaran informal dalam kalangan pengusaha bengkel automotif di Kota Tinggi, Johor. Sains Humanika, 13 (2-2). pp. 113-123. ISSN 2289-6996

[img]
Preview
PDF
501kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.11113/sh.v13n2-2.1899

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji pembelajaran tidak formal dalam kalangan pengusaha bengkel automotif. Tiga objektif kajian ini adalah faktor, strategi dan kesan pembelajaran tidak formal. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kes dengan menggunakan kaedah kualitatif. Temubual separuh struktur telah digunakan untuk pengumpulan data. Dengan menggunakan persampelan bertujuan, lima pengusaha bengkel automotif di Kota Tinggi dipilih sebagai informan. Hasil kajian menunjukkan bahawa keperluan individu, persekitaran, minat, motivasi dan keperluan pekerjaan menjadi faktor yang membantu pengusaha bengkel automotif yang terlibat dalam pembelajaran tidak formal. Di samping itu, bahan bacaan, media elektronik, pemerhatian, berbincang dengan pakar dan cuba jaya adalah strategi pembelajaran tidak formal yang telah digunakan. Kesan pembelajaran tidak formal berlaku dalam kalangan informan adalah peningkatan pengetahuan dan kemahiran. Selain itu, terdapat perubahan positif terhadap sikap pengusaha bengkel automotif. Kajian ini juga turut memberi cadangan untuk penambahbaikan kepada penyelidik pada masa depan. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji pembelajaran tidak formal dalam kalangan pengusaha bengkel automotif. Tiga objektif kajian ini adalah faktor, strategi dan kesan pembelajaran tidak formal. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kes dengan menggunakan kaedah kualitatif. Temubual separuh struktur telah digunakan untuk pengumpulan data. Dengan menggunakan persampelan bertujuan, lima pengusaha bengkel automotif di Kota Tinggi dipilih sebagai informan. Hasil kajian menunjukkan bahawa keperluan individu, persekitaran, minat, motivasi dan keperluan pekerjaan menjadi faktor yang membantu pengusaha bengkel automotif yang terlibat dalam pembelajaran tidak formal. Di samping itu, bahan bacaan, media elektronik, pemerhatian, berbincang dengan pakar dan cuba jaya adalah strategi pembelajaran tidak formal yang telah digunakan. Kesan pembelajaran tidak formal berlaku dalam kalangan informan adalah peningkatan pengetahuan dan kemahiran. Selain itu, terdapat perubahan positif terhadap sikap pengusaha bengkel automotif. Kajian ini juga turut memberi cadangan untuk penambahbaikan kepada penyelidik pada masa depan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pembelajaran dewasa, pembelajaran informal, kajian kes, pengusaha automotif, pembelajaran arahan kendiri
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
L Education > L Education (General)
Divisions:Management
ID Code:97513
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:17 Oct 2022 04:08
Last Modified:17 Oct 2022 04:08

Repository Staff Only: item control page