Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembelajaran transformatif dalam kalangan wanita dewasa yang menunaikan haji di Perak

Azhar, Nur Afiqah Amira and Abd. Hamid, Mohd. Azhar and Mahmud, Hussain and Zaini, Fadilah and Markom, Mohd. Nasir and Othman, Muhammed Fauzi and Balwi, Mohd. Koharuddin (2021) Pembelajaran transformatif dalam kalangan wanita dewasa yang menunaikan haji di Perak. Sains Humanika, 13 (2-2). pp. 95-105. ISSN 2289-6996

[img]
Preview
PDF
489kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.11113/sh.v13n2-2.1897

Abstract

Pembelajaran transformatif merupakan satu proses melibatkan perubahan kerangka rujukan individu meliputi perspektif makna, tabiat, minda, dan cara pemikiran. Kajian ini dijalankan bagi mengkaji pembelajaran transformasi yang berlaku dalam kalangan wanita dewasa setelah menunaikan fardhu haji. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti peristiwa pencetus, faktor-faktor dan kesan-kesan terhadap wanita dewasa yang telah menunaikan haji. Metodologi kajian ini menggunakan temubual separa bersruktur. Seramai 5 informan terdiri daripada perempuan dewasa berumur dalam lingkungan 45 hingga 65 tahun dipilih dengan menggunakan persampelan snow ball(bola salji). Hasil kajian menunjukkan peristiwa pencetus yang berbeza dalam setiap individu dapat mengubah perspektif informan untuk berubah. Faktor-faktor membantu informan memberi sokongan dan dorongan untuk teruskan berubah ke arah yangpositif. Cadangan kepada pengkaji akan datang agar meluaskan skop kajian ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, selain mengkaji perbezaan jantina serta menggunakan triangulasi data.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pembelajaran transformatif, perubahan perspektif,peristiwa pencetus, wanita dewasa, refleksi krtikal
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
L Education > L Education (General)
Divisions:Management
ID Code:97512
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:17 Oct 2022 04:08
Last Modified:17 Oct 2022 04:08

Repository Staff Only: item control page