Zainourudin, Jamilla Syaza and Norazman, Irmawati and Omar, Rozeyta and Shaari, Roziana (2021) Hubungan antara konflik kerja-keluarga dan niat berhenti kerja. Sains Humanika, 13 (2-2). pp. 69-78. ISSN 2289-6996
|
PDF
473kB |
Official URL: http://dx.doi.org/10.11113/sh.v13n2-2.1894
Abstract
Konflik kerja-keluarga adalah topik yang semakin popular dalam kalangan pengkaji sains sosial. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji hubungan antara konflik kerja-keluarga dan niat berhenti kerja dalam kalangan kakitangan bahagian operasi di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti tahap kedua-dua pembolehubah tersebut. Seramai 64 responden terlibat dalam kajian ini. Data dikumpul melalui Work-Family Conflict Scaledan Roodt’s Turnover Intentions Questionnaire dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif melalui skor min, kekerapan dan peratusan serta statistik inferensi melalui Korelasi Pearson. Hasil kajian membuktikan tahap konflik kerja-keluarga adalah sederhana manakala niat berhenti kerja adalah tinggi. Selain itu, konflik kerja-keluarga mennunjukkan hubungan positif yang sederhana dengan niat berhenti kerja. Akhir sekali, cadangan-cadangan juga disediakan untuk organisasi dan kajian masa hadapan. Antara cadangan yang dikemukakan kepada organisasi adalah untuk menerapkan family-supportive behavior dalam kalangan penyelia hotel, manakala untuk kajian akan datang pula, pengkaji mencadangkan supaya meluaskan skop kajian.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | konflik kerja-keluarga, konflik berdasarkan masa, konflik berdasarkan tekanan peranan, konflik berdasarkan tingkahlaku, niat berhenti kerja |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman |
Divisions: | Management |
ID Code: | 97511 |
Deposited By: | Yanti Mohd Shah |
Deposited On: | 17 Oct 2022 04:07 |
Last Modified: | 17 Oct 2022 04:07 |
Repository Staff Only: item control page