Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengalaman pembelajaran informal dalam kalangan sukarelawan Mycorps, Kuala Lumpur

Md. Saleh, Ainaatul Afifah and Thukiman, Kassim and Mohd. Balwi, Mohd. Koharuddin and Othman, Muhammed Fauzi and Abd. Hamid, Mohd. Azhar (2021) Pengalaman pembelajaran informal dalam kalangan sukarelawan Mycorps, Kuala Lumpur. Sains Humanika, 13 (2-2). pp. 51-58. ISSN 2289-6996

[img]
Preview
PDF
426kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.11113/sh.v13n2-2.1892

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pengalaman pembelajaran informal dalam kalangan sukarelawan MYCORPS dengan menggunakan kaedah kualitatif melalui temubual separa berstruktur dan menggunakan kaedah persampelan snowball. Tiga objektif kajian iaitu (i) meneroka pengalaman pembelajaran informal yang dialami oleh para sukarelawan MYCORPS, (ii) mengkaji faktor penyebab pengalaman pembelajaran informal yang dialami oleh para sukarelawan MYCORPS dan (iii) menyelidiki kesan pengalaman pembelajaran informal yang dialami oleh para sukarelawan MYCORPS. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Pengalaman pembelajaran informal terbahagi kepada dua iaitu kemahiran insaniah dan kemahiran nyata. Faktor penyebab pengalaman pembelajaran informalterjadi adalah strategi pembelajaran, orang luar dan ahli kumpulan yang mengesankan pengetahuan, kemahiran dan sikap sukarelawan. Pendekatan fenomenologi yang dipilih bertujuan untuk memahami sesuatu fenomena. Hasil kajian mendapati pembelajaran informal dialami disebabkan faktor berkenaan dan memberi kesan kepada pengetahuan, kemahiran dan sikap. Kajian ini memberi implikasi kepada pengamal pembelajaran dewasa, teori yang digunakan dan juga sukarelawan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pengalaman,pembelajaran informal, sukarelawan, pembelajaran dewasa, pembelajaran arah diri
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
L Education > L Education (General)
Divisions:Management
ID Code:97509
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:17 Oct 2022 03:59
Last Modified:17 Oct 2022 03:59

Repository Staff Only: item control page