Mohd. Sukeri, Nur Fatin Afifah and Mahfar, Mastura and Mohd. Sukor, Mohammad Saipol (2021) Hubungan antara empati dengan tingkah laku prososial dalam kalangan pelajar kejuruteraan universiti. Sains Humanika, 13 (2-2). pp. 33-42. ISSN 2289-6996
|
PDF
451kB |
Official URL: http://dx.doi.org/10.11113/sh.v13n2-2.1890
Abstract
Tingkah laku prososial merupakan apa sahaja tindakan atau aktiviti yang dilakukan bertujuan bagi membantu atau memberi manfaat kepada individu lain tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Antara faktor yang boleh menyumbang kepada tingkah laku prososial ialah empati. Kajian ini dilaksanakan bertujuan bagi mengenal pasti hubungan antara empati dan tingkah laku prososial pelajar universiti di salah sebuah sekolah kejuruteraan. Seramai 94 pelajar kejuruteraan tahun empat telah dipilih dalam kajian ini melalui kaedah persampelan sampel rawak mudah. Soal selidik Interpersonal Reactivity Index(IRI) dan Prosocial Tendencies Measure(PTM) telah digunakan bagi mengukur empati dan tingkah laku prososial. Kajian ini menggunakan analisis statistik deskriptif melalui skor, min dan kekerapan bagi mengukur tahap empati dan tingkah laku prososial, manakala statistik inferensi menggunakan ujian-t tidak bersandar bagi mengukur perbezaan tingkah laku prososial berdasarkan jantina, dan korelasi Pearson pula bagi mengenal pasti hubungan antara empati dengan tingkah laku prososial. Keputusan kajian menunjukkan tahap empati dan tingkah laku prososial responden adalah sederhana. Manakala, tidak terdapat perbezaan signifikan bagi tingkah laku prososial berdasarkan jantina. Analisiskolerasi menunjukkan terdapat hubungan antara empati dengan tingkah laku prososial. Kesemua dimensi empati, iaitu “fantasi”, “pengambilan perspektif”, “keprihatinan empati”, dan “kesusahan peribadi” juga mempunyai hubungan signifikan yang positif dengan tingkah laku prososial.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | empati, tingkah laku prososial, pelajar universiti,sekolah kejuruteraan |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) L Education > L Education (General) |
Divisions: | Management |
ID Code: | 97507 |
Deposited By: | Yanti Mohd Shah |
Deposited On: | 17 Oct 2022 03:57 |
Last Modified: | 17 Oct 2022 03:57 |
Repository Staff Only: item control page