Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian terhadap sokongan sosial dan kesihatan mental dalam kalangan anggota polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor Bahru

Eraman, Siti Nur Farahin and Abu Bakar, Thuaibah@Suaibah and Hamisan@Khair, Zulkifli and Yaacob, Hashim Fauzy (2021) Kajian terhadap sokongan sosial dan kesihatan mental dalam kalangan anggota polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor Bahru. Sains Humanika, 13 (2-2). pp. 1-8. ISSN 2289-6996

[img]
Preview
PDF
410kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.11113/sh.v13n2-2.1886

Abstract

Perubahan gaya hidup masa kini dan perkembangan dunia yang pesat membawa kepada peningkatan masalah kesihatan mental. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji persepsi dan perbezaan kesihatan mental responden dalam aspek jantina dan status diri serta hubungan antara sokongan sosial dan kesihatan mental. Kajian ini ialah kajian kuantitatif yang menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan data. Sampel kajian terdiri daripada 103 anggota polis yang bertugas di bahagian latihan, bahagian pengurusan dan pentadbiran, serta bahagian operasi. Multidimensional Scale of Perceived Social Support (MSPSS), Depression Anxiety Stress Scale 21 (DASS 21) dan Perceived Organizational Support (POS) digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) serta menggunakan kaedah statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan sokongan sosial yang diterima boleh mempengaruhi tahap kesihatan mental.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kesihatan mental, sokongan sosial, sokongan organisasi, kemurungan, tekanan
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Management
ID Code:97503
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:17 Oct 2022 03:55
Last Modified:17 Oct 2022 03:55

Repository Staff Only: item control page