Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembelian panik dalam kalangan rakyat Malaysia semasa pandemik Covid-19

Ariff, Nur Najiha and Razali, Nor Naziah and Yahya, Nur Famirah and Mohd. Ishar, Mohamad Izzuan (2021) Pembelian panik dalam kalangan rakyat Malaysia semasa pandemik Covid-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6 (12). pp. 285-298. ISSN 2504-8562

[img]
Preview
PDF
620kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v6i12.1213

Abstract

Wabak Covid-19 telah memberi satu impak yang besar kepada seluruh negara. Penularan wabak Covid-19 yang melanda hampir ke seluruh dunia telah mengakibatkan munculnya pelbagai isu, kesan dan cabaran yang harus dihadapi oleh masyarakat. Antara kesan yang dapat dilihat ialah perubahan tingkah laku masyarakat disebabkan oleh penularan wabak ini. Perubahan tingkah laku masyarakat ini dapat dikaitkan dengan satu isu yang semakin mendapat perhatian orang ramai iaitu isu pembelian panik. Kajian ini mengkaji kesan pembelian panik dalam kalangan pengguna. Selain itu, kajian ini turut dilakukan bagi melihat tahap kesedaran pengguna berkenaan dengan isu pembelian panik ini. Pengkaji telah melakukan kajian ini untuk melihat bagaimana isu ini berlaku di Malaysia. Kajian telah dijalankan melalui edaran borang soal selidik secara atas talian kepada masyarakat yang terlibat dengan isu ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Keputusan daripada kajian tersebut telah menunjukkan kesan pembelian panik dalam kalangan pengguna adalah tinggi. Namun begitu, setelah melihat tahap kesedaran pengguna terhadap isu ini, maklum balas yang diterima telah menunjukkan bahawa pengguna semakin sedar akibat melakukan pembelian panik. Hal ini membawa maksud pengguna telah bersedia untuk menghadapi isu pembelian panik yang berlaku disebabkan oleh penularan wabak Covid-19.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Covid-19, pembelian panik, pengguna
Subjects:H Social Sciences > HB Economic Theory
H Social Sciences > HF Commerce
L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:97471
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:10 Oct 2022 08:26
Last Modified:10 Oct 2022 08:26

Repository Staff Only: item control page