Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Cabaran terhadap pihak perkhidmatan kurier dan pengguna semasa pandemik Covid-19

Md. Danial, Nor Farahin and Md. Afif, Nor Fatihah and Mohd. Ishar, Mohamad Izzuan (2021) Cabaran terhadap pihak perkhidmatan kurier dan pengguna semasa pandemik Covid-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6 (11). pp. 211-220. ISSN 2504-8562

[img]
Preview
PDF
486kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v6i11.1152

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetengahkan dan menyelidik cabaran yang dihadapi oleh pihak perkhidmatan kurier dan pengguna akibat daripada peningkatan penggunaan perkhidmatan kurier dalam kalangan masyarakat semenjak Pandemik Covid-19 yang melanda Malaysia. Satu tinjauan dalam talian digunakan untuk mengumpul data. Terdapat 50 responden dalam kajian ini yang terdiri daripada 20 lelaki dan 30 wanita. Antara syarikat perkhidmatan kurier yang terdapat dalam kutipan data adalah Pos Malaysia dan J&T Express. Pengutipan data dilakukan kepada responden dalam anggaran umur yang berbeza dengan menilai perkhidmatan kurier pilihan pengguna, faktor kecenderungan membeli secara atas talian, kuantiti barangan yang dipesan, kepuasan terhadap perkhidmatan kurier. Keputusan daripada kajian tersebut didapati terdapat beberapa cabaran penggunaan perkhidmatan kurier yang dihadapi oleh pengguna sekaligus memberikan impak kepada pihak perkhidmatan kurier tersebut.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Covid-19, perkhidmatan kurier, pengguna
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:97463
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:10 Oct 2022 08:20
Last Modified:10 Oct 2022 08:20

Repository Staff Only: item control page