Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap resilien dan kesihatan mental individu di era pandemik COVID-19: satu kajian empirikal dalam kalangan remaja di Malaysia

Che Wil, Norfatmazura and Othman, Nooraini (2021) Tahap resilien dan kesihatan mental individu di era pandemik COVID-19: satu kajian empirikal dalam kalangan remaja di Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6 (9). pp. 26-34. ISSN 2504-8562

[img]
Preview
PDF
334kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v6i9.1003

Abstract

Sejarah baharu pada tahun 2020 telah tercipta apabila kesejahteraan individu dan kemampuannya berfungsi secara efektif tergugat kerana penularan Covid-19 di Malaysia. Pelbagai konflik wujud akibat daripada penularan wabak ini antaranya dari segi kewangan, perhubungan sosial, pekerjaan, pengurusan dan termasuklah kesihatan mental. Namun begitu, dapat dilihat bahawa kajian terdahulu lebih menumpu kepada kesan penularan Covid-19 terhadap psikososial individu tanpa melibatkan data empirikal yang jelas, justeru kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap tekanan, kebimbangan dan kemurungan remaja di era pandemik Covid-19 dan mengenal pasti tahap resilien serta pengaruhnya terhadap kesihatan mental. Seramai 135 orang remaja telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif di mana ujian Depression Anxiety Stress Scale (DASS-21) dan Connor-Davidson Resilience Scale (CD-RISC-25) digunakan bagi pengumpulan data. Secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesihatan mental remaja berada pada tahap yang normal dan majoriti responden mempunyai tahap resilien yang sederhana. Walau bagaimanapun, dapatan juga menunjukkan terdapat 18.6% responden menghadapi tekanan hidup dan 9.5% mempunyai tahap resilien yang rendah. Implikasi kajian ini turut bermanfaat bagi pihak yang berkenaan seperti para kaunselor agar pelbagai pelan pemulihan dan rawatan dapat dilakukan segera bagi kesihatan mental berada pada tahap terbaik.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:COVID-19, kesejahteraan individu, kesihatan mental, resilien, remaja di Malaysia
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
R Medicine > RA Public aspects of medicine
Divisions:Razak School of Engineering and Advanced Technology
ID Code:97461
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:10 Oct 2022 08:19
Last Modified:10 Oct 2022 08:19

Repository Staff Only: item control page