Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Sistem pementoran berstrategi di kalangan staf akademik PPD SPACE UTM

Md. Junus, Yusmady and Abd. Wahid, Siti Nurhuda and Nazri, Abdul Qayyum and Mohd. Anuar, Nabilah Hanim and Rasul, Nazriah and Nazri, Noralvina and Mohamed, Rafiza (2021) Sistem pementoran berstrategi di kalangan staf akademik PPD SPACE UTM. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6 (8). pp. 319-324. ISSN 2504-8562

[img]
Preview
PDF
460kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v6i8.959

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan membina satu sistem pementoran secara berstrategi untuk diguna pakai dan mengenal pasti tahap kesediaan staf akademik di PPD SPACE UTM terhadap sistem ini. Banyak kepentingan dan faedah sistem pementoran kepada staf akademik dan organisasi terutamanya dari segi kenaikan pangkat, pengurusan bakat dan lain-lain. Kajian ini melibatkan 87 responden daripada 94 populasi staf akademik di PPD SPACE UTM di Kampus Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Data telah dikumpulkan melalui instrumen borang soal selidik yang telah diedarkan kepada semua staf akademik. Hasil daripada kajian literatur yang telah dilaksanakan, satu sistem pementoran berstrategi telah dibangunkan iaitu objektif kajian pertama. Bagi objektif kedua, analisis kajian mendapati bahawa 97.70% staf akademik bersedia menerima pelaksanaan pementoran berstrategi. Didapati bahawa, faktor kepentingan sistem mentor-menti yang utama kepada staf akademik adalah dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran, penyelidikan dan perkembangan profesional iaitu 56.32%. Manakala 28.74% menyatakan pementoran menyokong prestasi kenaikan pangkat di kalangan staf dan 5.75% menyatakan ia meningkatkan minat dalam kerjaya akademik. Dan masing-masing 4.60% berpendapat faedah kepentingan sistem pementoran ini dapat mempromosikan perkembangan kerjaya dan kepuasan serta 4.60% lagi menyatakan ia dapat meningkatkan produktiviti PPD SPACE UTM. Kesimpulannya, terdapat banyak kepentingan yang boleh diperoleh dari sistem pementoran berstrategi ini. Sokongan dan komitmen daripada staf akademik dan pihak pengurusan tertinggi UTMSPACE adalah diperlukan bagi menjayakan program pementoran berstrategi di peringkat PPD SPACE UTM dan seterusnya dikembangkan di peringkat UTMSPACE secara keseluruhannya.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pementoran, mentor, menti, akademia, pendidikan tinggi
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
L Education > L Education (General)
Divisions:Management
ID Code:97452
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:10 Oct 2022 08:06
Last Modified:10 Oct 2022 08:06

Repository Staff Only: item control page