Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesan peningkatan harga pelitup mulut dan hidung kepada pengguna semasa pandemik COVID-19

Alwi, Najwa and Mohd. Tahir, Nor Ashiqin and Mohd. Ishar, Mohamad Izzuan (2021) Kesan peningkatan harga pelitup mulut dan hidung kepada pengguna semasa pandemik COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6 (8). pp. 363-370. ISSN 2504-8562

[img]
Preview
PDF
339kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v6i8.936

Abstract

Pandemik COVID-19 ini bukan sahaja semakin hari semakin membimbangkan, malahan langkah penjagaan juga perlu diberi perhatian dan dititikberatkan oleh semua pihak dengan mendapatkan kit pencegahan virus seperti pelitup mulut dan hidung, cecair pembasmi kuman, pengesan suhu badan, penyembur udara dan tisu basah anti bakteria. Kajian ini mengkaji kesan peningkatan harga pelitup mulut dan hidung kepada pengguna semasa pandemik COVID-19. Kajian yang dijalankan melalui edaran borang soal selidik secara atas talian kepada seluruh warga Malaysia sebagai sasaran kajian. Terdapat 50 responden yang menjawab borang soal selidik tersebut iaitu 26 orang responden lelaki dan 24 orang responden perempuan. Keputusan daripada kajian tersebut telah menunjukkan bahawa akibat peningkatan harga pelitup mulut dan hidung telah memberi kesan yang mendalam kepada pengguna. 70% responden telah mengatakan mereka merasa terbeban dengan peningkatan harga pelitup mulut dan hidung.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:COVID-19, pelitup mulut dan hidung, pengguna
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HB Economic Theory
R Medicine > RA Public aspects of medicine
Divisions:Education
ID Code:97447
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:10 Oct 2022 08:03
Last Modified:10 Oct 2022 08:03

Repository Staff Only: item control page