Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keberkesanan permainan simulasi perniagaan di dalam meningkatkan kefahaman konsep ERP dan kemahiran generik dalam kalangan pelajar UTM

Burhanudin, Yasmin Syarafina and Kassim, Mohamad Shah and Khair, Zulkifli and Abdullah, Mazilah (2021) Keberkesanan permainan simulasi perniagaan di dalam meningkatkan kefahaman konsep ERP dan kemahiran generik dalam kalangan pelajar UTM. Innovative Teaching and Learning Journal (ITLJ), 5 (1). pp. 54-64. ISSN 2600-8572

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://itlj.utm.my/index.php/itlj/article/view/58

Abstract

Kajian tinjauan ini dijalankan untuk mengukur keberkesanan permainan simulasi perniagaan terhadap kefahaman konsep “Enterprise Resource Planning” (ERP) dan kemahiran generik dalam kalangan pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kajian ini mengisi jurang kajian lepas yang kurang memberi penekanan terhadap kesan spesifik permainan simulasi terutamanya terhadap pengetahuan serta peningkatan kemahiran generik bagi menyediakan pelajar kearah alam pekerjaan. Melalui kaedah tinjauan, soal selidik diedarkan kepada responden. Responden yang dipilih menggunakan sampel mudah terdiri daripada pelajar UTM dari pelbagai program ijazah yang telah menyertai permainan simulasi dan bengkel Monsoon SIM pada tahun 2019. Ujian statistik deskriptif dan ujian T telah digunakan untuk mencapai objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan pelajar mengenai konsep ERP telah meningkat dengan signifikan. Pelajar-pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran generik yang kritikal seperti kemahiran berfikir, kemahiran bekerja secara berpasukan dan kemahiran keusahawanan. Secara keseluruhan kajian ini telah menunjukkan potensi simulasi perniagaan sebagai alat pendidikan yang berkesan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:permainan simulasi perniagaan, ERP, kemahiran generik, pembelajaran berdasarkan pengalaman
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
L Education > L Education (General)
Divisions:International Business School
ID Code:97435
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:10 Oct 2022 07:55
Last Modified:10 Oct 2022 07:55

Repository Staff Only: item control page