Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kemahiran generik untuk memenuhi persekitaran pekerjaan revolusi industri (IR 4.0)

Mohd. Isa, Ahmad Shobah and Mat Saad, Mohammad Saffuan and Saud, Muhammad Sukri and Mohd. Amin, Norfadila and Jambari, Hanifah (2021) Kemahiran generik untuk memenuhi persekitaran pekerjaan revolusi industri (IR 4.0). Jurnal Persatuan Pendidikan Teknik dan Vokasional Malaysia (PTVM), 10 (NA). pp. 47-55. ISSN 1985-6652

Full text not available from this repository.

Official URL: https://pptvm.files.wordpress.com/2021/06/6.pdf

Abstract

Negara masa kini telah memasuki Revolusi Industri Keempat (IR4.0), yang juga disebut sebagai Industri 4.0. Perubahan ini merupakan kemajuan teknologi serta memberikan sumbangan yang signifikan kepada industri dan dunia perniagaan. IR4.0 bukan sahaja meningkatkan sumber daya dan kecekapan masa, tetapi juga mengubah cara kerja. Kesan IR4.0 dirasakan di seluruh industri, termasuk juga sektor pendidikan. Penelitian kemahiran generik yang diperlukan oleh pihak industri mengikut era IR4.0 yang semakin berkembang maju. Permasalahan yang berlaku dalam kalangan tenaga kerja adalah kelemahan dalam menguasai kemahiran generik ditempat kerja. Majikan selalu menyatakan tenaga kerja gagal untuk menggunakan kemahiran generik semasa melaksanakan kerja. Dapatan ini menunjukkan bahawa kemahiran generik 4.0 yang diperlukan dalam persekitaran kerja adalah kemahiran komunikasi, keusahawanan, kepimpinan, berpasukan, penyelesaian masalah, permikiran kritis, pengurusan sumber manusia, pembelajaran berterusan, perundingan, membuat pertimbangan dan keputusan, kecerdasan emosi, kreativiti dan teknologi maklumat. Oleh itu, kajian ini menggunakan penyelidikan kaedah kualitatif dan kuanlitatif bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai kemahiran generik yang diperlukan untuk mencari jurang antara keperluan kemahiran industri 4.0 dan persekitaran kerja. Dapatan kajian akan dianalisis dengan menggunakan pendekatan model Rasch untuk menilai tahap kebolehpercayaan item. Hasil dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan kemahiran generik dapat dikuasai oleh tenaga kerja di industri adalah baik.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:revolusi industri, kemahiran generik, IR4.0
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:97421
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:10 Oct 2022 07:27
Last Modified:10 Oct 2022 07:27

Repository Staff Only: item control page