Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penerimaan sistem e-pembelajaran bagi menyokong pembelajaran teradun di institut pendidikan guru

Abdul Rahim, Razali and Md. Noor, Norah and Mohd. Din, Haniza (2021) Penerimaan sistem e-pembelajaran bagi menyokong pembelajaran teradun di institut pendidikan guru. Innovative Teaching and Learning Journal, 5 (1). pp. 83-98. ISSN 2600-8572

[img]
Preview
PDF
800kB

Official URL: https://itlj.utm.my/index.php/itlj/article/view/64

Abstract

Amalan pembelajaran teradun telah diamalkan di institut-institut pendidikan guru semenjak awal tahun 2011. Walaupun pendekatan pembelajaran teradun ini menepati kehendak pembelajaran semasa di institut-institut pendidikan guru, namun penerimaan pelajar dan Pengajar terhadap pembelajaran teradun ini masih lagi dikaji khasnya dari aspek sokongan sistem e-pembelajaran. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap penerimaan pelajar dan pengajar di institut pendidikan guru terhadap sistem e-pembelajaran bagi menyokong pembelajaran teradun. Kajian ini adalah bersifat kuantitatif berbentuk kajian tinjauan melibatkan 191 pelajar dan 92 pengajar di sebuah Institut Pendidikan Guru menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Data dianalisa secara deskriptif dan inferensi untuk mendapatkan maklumbalas responden yang berkaitan dengan persoalan kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan penerimaan yang baik dan positif dalam kalangan pelajar dan pengajar di institut pendidikan guru terhadap sistem e-pembelajaran rasmi yang diguna-pakai bagi memantapkan pelaksanaan amalan pembelajaran teradun di institusi tersebut. Faktor Interaksi, kemudahgunaan dan manfaat mempunyai perkaitan dengan tahap penerimaan pelajar dan pengajar. Namun, tahap penerimaan dan korelasi dalam kalangan pengajar adalah lebih rendah berbanding pelajar. Ini dilihat wujud berdasarkan penggunaan sistem yang mampu menampung suasana pengajaran dan pembelajaran yang terkini dan faktor perancangan serta penyediaan prasarana teknologi yang telah dirancang dengan rapi.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:e-pembelajaran, pembelajaran teradun, Model Penerimaan Teknologi (TAM)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:School of Professional and Continuing Education
ID Code:97403
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:10 Oct 2022 07:08
Last Modified:10 Oct 2022 07:08

Repository Staff Only: item control page