Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perkembangan sektor penghantaran makanan ke rumah melalui pembelian atas talian sepanjang pandemik Covid-19 di Malaysia

Zahari, Muhammad Zakwan and Razali, Muhammad Rusyaidi and Mohd. Ishar, Mohamad Izzuan (2021) Perkembangan sektor penghantaran makanan ke rumah melalui pembelian atas talian sepanjang pandemik Covid-19 di Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6 (7). pp. 277-281. ISSN 2504-8562

[img]
Preview
PDF
232kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v6i7.866

Abstract

Sektor penghantaran makanan dilihat memainkan peranan yang penting kepada masyarakat bagi memutuskan rangkaian wabak pandemik Covid-19. Hal ini kerana kewujudan sektor penghantaran makanan secara tidak langsung dapat mencegah masyarakat daripada mudah terdedah kepada orang ramai serta berisiko tinggi bagi wabak tersebut berjangkit. Bukan itu sahaja, sektor penghantaran makanan juga dilihat mula mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat kerana membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat sekali gus dapat membantu menjana pendapatan sesebuah keluarga. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perkembangan sektor penghantaran makanan sepanjang pandemik Covid-19. Selain itu, kajian ini turut mengkaji aplikasi yang digunakan oleh pekerja-pekerja penghantaran makanan serta mengenal pasti strategik yang digunakan oleh sektor penghantaran makanan bagi memajukan perusahaannya. Kajian yang dijalankan melalui edaran borang soal selidik secara atas talian kepada pekerja-pekerja dalam sektor penghantaran makanan yang melibatkan Foodpanda, Grabfood dan mana-mana kedai yang menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Covid-19, penghantaran makanan, pembelian atas talian
Subjects:H Social Sciences > HB Economic Theory
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions:Education
ID Code:97372
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:10 Oct 2022 04:01
Last Modified:10 Oct 2022 04:01

Repository Staff Only: item control page