Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesan pembelajaran menggunakan realiti berperantara menerusi pendekatan pembelajaran berasaskan permainan terhadap pencapaian pelajar

Ong, Ace Hong Ong Long and Abd. Halim, Noor Dayana and Zulkifli, Nurul Nadwa (2021) Kesan pembelajaran menggunakan realiti berperantara menerusi pendekatan pembelajaran berasaskan permainan terhadap pencapaian pelajar. Innovative Teaching and Learning Journal, 5 (1). pp. 1-11. ISSN 2600-8572

[img]
Preview
PDF
780kB

Official URL: https://itlj.utm.my/index.php/itlj/article/view/2

Abstract

Perkembangan pendidikan berubah seiring dengan perkembangan teknologi masa kini dan perkembangan ini telah membawa banyak inovasi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran. Maka terdapat banyak permainan yang berasaskan teknologi diperkenalkan dipasaran, tetapi bukan semua permainan sesuai dengan pembelajaran pelajar. Ini kerana kebanyakkan ciri permainan yang sedia ada kurang berkesan untuk pendidikan, maka pentingnya memilih permainan berdasarkan kriteria yang sesuai untuk pendidikan seperti matlamat permainan yang jelas, interaksi sosial dan maklum balas untuk memastikan pemain mempunyai fokus untuk mencapai objektif pembelajaran. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan mereka bentuk pembelajaran berasaskan permainan yang mengintegrasikan teknologi realiti berperantara yang dinamakan sebagai Kit Pengembara dan mengkaji kesannya terhadap pencapaian akademik pelajar. Impak kajian ini diukur dengan menggunakan instrumen ujian pencapaian Geografi bagi mengukur pencapaian pelajar. Kajian secara kuasi-eksperimenal dilakasanakan terhadap pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah kebangsaan di daerah Johor Bahru. Seramai 21 pelajar terlibat sebagai kumpulan rawatan dan 21 pelajar terlibat sebagai kumpulan kawalan. Analisis ujian pencapaian menunjukkan pembelajaran berasaskan permainan yang diintegrasikan dengan Kit Pengembara dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Kesimpulannya, kajian ini dapat memberikan idea dan membantu guru dalam mereka bentuk pembelajaran berasaskan permainan yang mengintegrasikan teknologi realiti berperantara dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:realiti berperantara,pembelajaran berasaskan permainan, pencapaian. geografi, bearing dan sudutan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:97360
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:10 Oct 2022 03:26
Last Modified:10 Oct 2022 03:26

Repository Staff Only: item control page