Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesan pembelajaran reflektif menerusi blog bagi tajuk teorem pitagoras ke atas pencapaian dan motivasi murid tingkatan empat

Mohd. Esa, Nur Lidiana Edyanti and Tasir, Zaidatun (2021) Kesan pembelajaran reflektif menerusi blog bagi tajuk teorem pitagoras ke atas pencapaian dan motivasi murid tingkatan empat. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6 (2). pp. 106-122. ISSN 2504-8562

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v6i2.675

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan pembelajaran blog reflektif bagi tajuk Teorem Pitagoras ke atas pencapaian dan motivasi murid tingkatan 4. Seramai 30 orang murid tingkatan empat yang dipilih berdasarkan teknik persampelan rawak mudah terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian ini merupakan soal selidik motivasi dan ujian pencapaian. Semua dapatan dalam kajian ini dianilisis secara statistik inferensi iaitu ujian t sampel berpasangan dan Wilcoxon signed rank test melalui perisian IBM SPSS. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan blog reflektif melalui kaedah inkuiri terhadap pencapaian dan motivasi murid. Penggunaan blog didapati mempengaruhi peningkatan dalam pencapaian dan motivasi pembelajaran topik teorem pitagoras dalam kalangan murid. Kajian ini telah memberikan sumber maklumat kepada guru matematik bagaimana caranya untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan blog reflektif dengan berkesan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:blog reflektif, teorem pitagoras, pencapaian murid, motivasi murid
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:Education
ID Code:97312
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:28 Sep 2022 07:59
Last Modified:28 Sep 2022 07:59

Repository Staff Only: item control page