Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Analisis tinjauan literatur (LR) terhadap komposisi pengajaran Pendidikan Islam mengintegrasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Ajmain @ Jima’ain, Muhammad Talhah and Mohamad, Ahmad Marzuki and Hehsan, Aminudin (2021) Analisis tinjauan literatur (LR) terhadap komposisi pengajaran Pendidikan Islam mengintegrasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Tinta Artikulasi Membina Ummah (TAMU), 7 (1). pp. 20-37. ISSN 2289-960X

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.journaltamu.com/volume-71-june-2021/

Abstract

Kajian mengenai komposisi pengajaran guru Pendidikan Islam menjadi fokus perbincangan dalam kajian ini. Namun, strategi dalam pengajaran yang mempunyai elemen Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang melibatkan penghayatan dalam pengajaran masih kurang diberi perhatian. Hal ini kerana kebanyakan sarjana berpendapat bahawa elemen penerapan KBAT dalam pengajaran adalah rumit dan sukar untuk diaplikasikan dalam tempoh masa yang terhad. Walau bagaimanapun, strategi pengajaran perlu dimantapkan agar penerapan elemen KBAT berjaya di budayakan dalam pengajaran iaitu dengan perhalusi melalui setiap komposisi iaitu permulaan pengajaran, perkembangan pengajaran dan penutup pengajaran. Kajian ini memfokuskan kepada tinjauan literatur berkaitan pengajaran elemen KBAT dalam kajian terdahulu dan mengintegrasikan penemuan kajian lepas bagi meneroka cadangan isu baharu untuk dikaji. Kajian kualitatif ini menerapkan reka bentuk analisis dokumen dan berpandukan tinjauan literatur (literature review, LR) sebagai landasan. Analisis ini memfokuskan kepada latar belakang kajian, permasalahan, metodologi dan dapatan kajian terdahulu. Hasil kajian menunjukkan bahawa kajian-kajian lepas lebih menumpukan fokus penerapan KBAT dalam komposisi permulaan dan perkembangan, bermakna komposisi penutup pengajaran masih kurang disentuh. Dapatan juga menunjukkan bahawa permasalahan yang timbul daripada kajian-kajian lepas dapat diatasi dengan menerapkan KBAT dalam pengajaran Pendidikan Islam melalui strategi komposisi pengajaran yang telah ditentukan elemen-elemen KBAT tersebut. Oleh yang demikian, kajian terhadap komposisi pengajaran Pendidikan Islam yang menumpukan kepada pengajaran yang KBAT wajar diketengahkan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:komposisi pengajaran, guru Pendidikan Islam (GPI), Kemahiran Berfikir Aras Tiinggi (KBAT)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:97292
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:26 Sep 2022 03:39
Last Modified:26 Sep 2022 03:39

Repository Staff Only: item control page