Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Cabaran perkhidmatan penghantaran makanan semasa pandemik COVID-19

Mohd. Rasidi, Nur Aqilah and Ismail, Nurul Fatihah and Abu Bakar Yap, Putri Humira Yap and Mohd. Ishar, Mohamad Izzuan (2021) Cabaran perkhidmatan penghantaran makanan semasa pandemik COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6 (5). pp. 1-11. ISSN 2504-8562

[img]
Preview
PDF
556kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v6i5.782

Abstract

Pendapatan menurun kesan serangan korona virus (COVID-19) di seluruh negara sehingga isu pengangguran meningkat dalam kadar yang tinggi akibat keadaan ekonomi yang tergugat saban hari. Walaupun keadaan ekonomi tidak stabil, masyarakat yang sejajar dengan perkembangan globalisasi ini bijak mengambil peluang untuk mewujudkan langkah baru dalam kehidupan. Antara isu yang diberi perhatian dalam kajian ini adalah cara masyarakat mengambil peluang untuk bangkit semula dalam meningkatkan pendapatan semasa berlakunya pandemik korona virus yang telah banyak memberi kesan dalam taraf hidup. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji cabaran yang dihadapi oleh pekerja penghantar makanan sepanjang perintah kawalan berjalan di seluruh negara ini. Kajian ini dijalankan melalui pengedaran borang soal selidik secara atas talian kepada masyarakat setempat bagi mendapatkan data yang lebih lengkap. Hasil dapatan kajian yang ditunjukkan melalui graf membuktikan waktu pandemik Covid-19 ini mempengaruhi pekerjaan sebagai penghantar makanan dengan wujudnya pelbagai cabaran semasa penghantaran dijalankan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:COVID-19, penghantar makanan, cabaran
Subjects:H Social Sciences > HB Economic Theory
H Social Sciences > HF Commerce
Divisions:Education
ID Code:97223
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:23 Sep 2022 04:08
Last Modified:23 Sep 2022 04:08

Repository Staff Only: item control page