Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi pengguna internet di Malaysia semasa pandemik COVID-19

Md. Lukmanul Hakim, Nur Ain and Junaidun, Nur Aisyah and Mohamamd Fadzil, Nurul Syazwani and Mohd. Ishar, Mohamad Izzuan (2021) Persepsi pengguna internet di Malaysia semasa pandemik COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6 (4). pp. 117-125. ISSN 2504-8562

Full text not available from this repository.

Official URL: http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v6i4.745

Abstract

Internet dilihat sebagai alat komunikasi yang telah mempercepatkan, memudahkan perhubungan dan capaian maklumat secara meluas. Semenjak wabak COVID-19 menyerang pada awal tahun 2020 masyarakat hidup dalam perubahan yang berterusan. Perkembangan tahun- tahun terakhir dalam bidang komunikasi, teknologi, maklumat dan pemasaran telah menciptakan perubahan baru dalam cara pengguna internet dalam membeli produk dan perkhidmatan tertentu. Kajian yang dijalankan ini merupakan satu kajian deskriptif dimana kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif dan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sasaran responden bagi kajian ini adalah pengguna internet di seluruh Malaysia. Selain itu, kajian ini turut memperlihatkan persepsi pengguna internet di Malaysia semasa pandemik COVID-19. Kajian yang dijalankan melalui edaran borang soal selidik secara atas talian kepada pengguna di Malaysia sebagai sasaran kajian. Keputusan daripada kajian tersebut telah menunjukkan persepsi pengguna internet di Malaysia semasa pandemik COVID- 19 menunjukkan bahawa internet merupakan satu keperluan utama dalam menjalankan tugas harian. Berdasarkan soal selidik, 91.3% responden yang menyatakan bahawa mereka sangat setuju bahawa internet merupakan keperluan utama. Walau bagaimanapun, dalam perubahan ini, pelbagai masalah, isu dan kesan akan timbul dalam kalangan individual atau masyarakat di negara ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:COVID-19, pengguna, internet
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:97185
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:23 Sep 2022 02:48
Last Modified:23 Sep 2022 02:48

Repository Staff Only: item control page