Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Model peramalan zakat harta menggunakan rangkaian neural dengan rambatan ke belakang

Alwee, Razana and Abdullah Hashim, Fazreen (2008) Model peramalan zakat harta menggunakan rangkaian neural dengan rambatan ke belakang. Jurnal Teknologi Maklumat, 20 (2). pp. 37-51. ISSN 0128-3790

[img]
Preview
PDF
632kB

Abstract

Zakat ialah derma yang wajib diberikan oleh orang Islam yang mampu kepada lapan golongan (asnaf) yang berhak menerimanya dan merupakan rukun ketiga dari Rukun Islam. Zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Di Malaysia, hasil kutipan zakat dilakukan oleh institusi zakat mengikut negeri yang terdiri daripada pusat zakat dan MajIis Agama Islam negeri. Peramalan hasil kutipan zakat dapat membantu institusi zakat merancang pengagihan wang kutipan zakat kepada golongan asnaf yang telah ditentukan dengan lebih sistematik dan efisien. Kajian ini adalah bertujuan untuk membangunkan model peramalan bagi tiga jenis zakat harta iaitu zakat wang simpanan, zakat emas dan perak dan zakat pertanian. Kajian melibatkan data bulanan hasil kutipan zakat bagi setiap jenis zakat harta yang diperolehi daripada MajIis Agama Islam Negeri Johor. Model peramalan dibangunkan menggunakan kaedah rangkaian neural dengan algoritma rambatan ke belakang dan perisian Matlab 7.0. Model yang dibangunkan adalah untuk meramal hasil kutipan zakat bagi 12 bulan yang akan datang.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:peramalan, zakat harta, rangkaian neural, rambatan ke belakang
Subjects:Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
Divisions:Computer Science and Information System
ID Code:9424
Deposited By: Zalinda Shuratman
Deposited On:24 Nov 2009 01:56
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page